Reset sistem pencetakan pada Mac anda untuk menyelesaikan masalah
Jika anda telah mencuba semua penyelesaian yang mungkin dan anda masih tidak boleh mencetak ke pencetak anda, reset sistem pencetakan. Proses ini memadam semua pencetak dari senarai pencetak anda, memadam maklumat tentang kerja pencetakan yang telah selesai dan memadam semua praset pencetak.
Penting: Mula-mula, cuba teknik penyelesaian masalah lain dalam Menyelesaikan masalah pencetakan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pencetak & Pengimbas dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Control-klik pencetak dalam senarai Pencetak di sebelah kanan, kemudian pilih Reset Sistem Pencetakan.
Nota: Jika tiada pencetak yang kelihatan dalam senarai Pencetak, anda boleh Control-klik senarai kosong dan pilih Reset Sistem Pencetakan.
Selepas anda reset sistem pencetakan, senarai pencetak dalam seting Pencetak & Pengimbas menjadi kosong.