Pastikan Mac anda terkini
Dari semasa ke semasa, Apple mengeluarkan kemas kini kepada perisian komputer anda (termasuk kemas kini keselamatan penting).
Jika anda menerima pemberitahuan yang kemas kini perisian telah tersedia, anda boleh pilih sama ada untuk pasang kemas kini, atau pilih untuk diingatkan pada hari seterusnya.
Anda juga boleh menyemak App Store dalam menu Apple untuk melihat jika terdapat sebarang kemas kini.
Semak kemas kini secara manual
Untuk mendapatkan kemas kini anda, pilih menu Apple > App Store, kemudian klik Kemas Kini.
Setkan Mac anda untuk semak kemas kini secara automatik
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik App Store.
Pilih “Menyemak kemas kini secara automatik.”
Untuk membolehkan Mac anda memuat turun kemas kini tanpa meminta, pilih “Muat turun kemas kini tersedia yang terbaru di latar belakang.”
Untuk membolehkan Mac anda memasang kemas kini app secara automatik, pilih “Memasang kemas kini app.”
Untuk membolehkan Mac anda memasang kemas kini macOS secara automatik, pilih “Memasang kemas kini macOS.”
Untuk membolehkan Mac anda memasang fail sistem dan kemas kini keselamatan secara automatik, pilih “Memasang fail data sistem dan kemas kini keselamatan.”
Nota: MacBook, MacBook Pro dan MacBook Air mesti mempunyai penyesuai kuasa dipasang untuk kemas kini dimuat turun secara automatik.