Sesuaikan gambar desktop pada Mac anda
Anda boleh memilih gambar yang dipaparkan pada desktop anda. Mac anda disertakan dengan banyak gambar desktop untuk dipilih, atau anda boleh gunakan gambar anda sendiri atau memilih warna padu.
Petua: Ada boleh menyeret imej daripada desktop atau folder anda ke imej kecil di bahagian atas anak tetingkap untuk menggunakan imej sebagai gambar dekstop anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Desktop & Penyelamat Skrin, kemudian klik Desktop.
Di sebelah kiri, cari gambar atau warna:
Gambar dan warna yang disertakan dengan Mac anda: Klik segi tiga pendedahan di sebelah Apple, kemudian pilih Gambar Desktop atau Warna untuk melihat imej kecil gambar dan warna tersedia.
Gambar Desktop Dinamik bertukar secara automatik sepanjang hari berdasarkan lokasi semasa anda. Jika Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan dalam keutamaan Privasi, gambar bertukar berdasarkan zon waktu yang ditentukan dalam keutamaan Tarikh & Masa.
Sesetengah gambar desktop dinamik mungkin memberikan gambar pegun supaya gambar desktop tidak mengganggu daripada penampilan cerah atau gelap. Sebagai contoh, jika anda memilih penampilan gelap semasa persediaan macOS, gambar desktop disetkan ke imej pegun gelap. Untuk menggunakan atau berhenti menggunakan imej pegun (jika tersedia), klik imej kecil desktop dinamik, kemudian pilih pilihan daripada menu timbul yang muncul.
Gambar anda: Klik segi tiga pendedahan di sebelah Foto (atau iPhoto jika tersedia). Jika gambar anda dalam Gambar atau folder lain, klik segi tiga di sebelah Folder, kemudian pilih satu folder.
Untuk menambah folder, klik butang Tambah , navigasi ke dan pilih folder, kemudian klik Pilih.
Jika anda tidak nampak apa-apa selepas anda memilih folder yang mengandungi gambar anda, mereka mungkin tidak mempunyai format fail yang betul—JPEG, PICT, TIFF, PNG, atau HEIC. Untuk menukar format gambar, bukanya dalam app Pratonton, kemudian simpannya dalam format yang baru. Jika gambar kelihatan kabur, cuba menggunakan yang lebih besar, seperti 1024 x 768 piksel.
Di sebelah kanan, klik gambar yang anda mahu gunakan.
Desktop berubah serta-merta, jadi anda boleh lihat bagaimana gambar itu kelihatan. Apabila anda menggunakan gambar anda sendiri, anda boleh pilih untuk ia memenuhi skrin, berada di tengah, ataupun diatur. Mudah untuk klik dan cuba gambar dan aturan berbeza sehingga anda jumpa yang anda paling suka.
Untuk menggunakan semua gambar dalam folder, pilih kotak semak “Ubah gambar", kemudian pilih kekerapan gambar berubah yang anda mahu—contohnya, setiap jam. Gambar ditunjukkan dalam susunan ia muncul dalam folder, atau anda boleh memilih untuk menunjukkannya dalam susunan rawak.
Untuk menggunakan gambar yang anda ada dalam app Foto dengan cepat, pilih gambar dalam Foto, klik butang Kongsi dalam bar alat Foto, kemudian pilih Setkan Gambar Desktop.
Anda boleh menggunakan gambar yang anda lihat pada web sebagai gambar desktop anda. Control-klik imej dalam tetingkap pelayar, kemudian pilih Gunakan Imej sebagai Gambar Desktop.