Gunakan kamera terbina dalam pada Mac
Kebanyakan komputer dan paparan Mac mempunyai iSight, FaceTime, atau kamera HD FaceTime terbina dalam yang terletak di bahagian hujung atas skrin. Kamera diaktifkan secara automatik apabila anda membuka app yang boleh mengambil gambar, merakam video, atau membuat panggilan video. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan kamera pada Mac anda. Lihat Kawal akses ke kamera anda pada Mac.
Mengaktifkan kamera: Pada Mac anda, buka app yang boleh menggunakan kamera, seperti FaceTime, Mesej, atau Photo Booth. Lampu hijau di sebelah kamera menyala untuk menunjukkan yang kamera aktif.
Menyahaktifkan kamera: Pada Mac anda, tutup atau keluar semua app yang boleh menggunakan kamera. Lampu hijau di sebelah kamera menyala untuk menunjukkan yang kamera tidak aktif.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan kamera anda dengan app yang disebut, lihat Panduan Pengguna FaceTime, Panduan Pengguna Mesej dan Panduan Pengguna Photo Booth.