Jika mencari Mac anda mengembalikan hasil yang tidak dijangkakan
Jika anda mencari Mac anda dan mendapat hasil carian yang tidak dijangkakan, cuba cadangan ini.
Semak teks yang dimasukkan anda dalam medan carian
Pastikan perkataan atau frasa dieja dengan betul.
Untuk mencari frasa tepat, kurung ia dalam tanda petikan. Sebagai contoh, masukkan “perjalanan ke Paris” untuk mencari item yang mengandungi betul-betul frasa tersebut. Jika anda tidak menggunakan tanda petikan, hasil carian termasuk item yang mengandungi perkataan tersebut dalam sebarang aturan.
Semak lokasi yang anda sedang mencari
Jika anda memulakan carian anda dalam Spotlight, hasil carian boleh termasuk e-mel, peristiwa Kalendar, Cadangan Siri, maklumat daripada app lain dan banyak lagi. Jika anda mulakan carian dalam tetingkap Finder, hasil carian akan hanya termasuk fail dan folder pada cakera dalaman.
Semak seting dalam seting Siri & Spotlight
Anda mungkin telah mengecualikan item daripada carian Spotlight. Untuk menyemak, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Siri & Spotlight dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Dalam “Hasil carian” di sebelah kanan, item yang kotak semaknya dinyahpilih tidak disertakan dalam hasil carian. Lihat Pilih kategori cadangan.
Anda mungkin telah mengecualikan folder atau cakera tertentu daripada carian Spotlight. Untuk menyemak, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Siri & Spotlight dalam bar sisi, kemudian klik Privasi Spotlight. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Lihat Cegah carian Spotlight dalam fail.
Anda mungkin telah menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cadangan Siri. Lihat Nyahaktifkan Cadangan Siri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang seting Spotlight, lihat Seting Siri & Spotlight.
Semak arkib dan sandaran
Untuk mencari fail dalam arkib, seperti imej cakera atau fail .zip, dwiklik arkib untuk membukanya, kemudian mencari lagi.
Jika anda menggunakan Time Machine untuk sandaran Mac anda, gunakan Spotlight dengan Time Machine untuk mencari dan memulihkan fail dalam sandaran.