Lihat dan susun fail anda dalam Finder pada Mac
Finder adalah asas rumah untuk Mac anda. Ikon Finder kelihatan seperti muka biru tersenyum; klik ikon itu dalam Dock untuk buka tetingkap Finder.
Anda guna tetingkap Finder untuk menyusun dan akses hampir kesemuanya pada Mac anda.
Lihat barangan anda
Klik item dalam bar sisi Finder untuk melihat fail, app, muat turun anda dan selanjutnya. Untuk membuatkan bar sisi menjadi lebih berguna, sesuaikannya. Untuk membuatkan tetingkap Finder menjadi lebih berguna, tunjukkan anak tetingkap Pratonton.
Atau, minta Siri untuk membantu anda mencari apa yang anda mahu.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti:
“Tunjukkan semua fail yang dipanggil Perbelanjaan”
“Buka pembentangan yang saya cipta semalam”
“Tunjukkan kepada saya fail bertag ‘merah’”
“Cari fail yang dihantar oleh Azim minggu lepas”
Akses semuanya, di mana-mana sahaja
Gunakan iCloud Drive untuk menyimpan fail Desktop dan Dokumen anda dalam iCloud secara automatik. Anda boleh aksesnya pada sebarang Mac yang anda mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama.
Susun dengan folder atau tag
Jika anda suka menyusun fail anda dalam folder, anda boleh lakukannya. Ia adalah mudah untuk mencipta folder baru dalam folder Dokumen, pada desktop atau dalam iCloud Drive anda.
Anda juga boleh tag fail dan folder dengan kata kunci yang membantu untuk membuat ia lebih mudah dijumpai.
Pastikan desktop tidak teratur anda bersih
Tindanan membantu anda memastikan fail disusun dalam kumpulan yang kemas pada desktop. Anda boleh kumpulkan tindanan mengikut jenis, tarikh, atau tag. Apabila anda kumpulkan mengikut jenis, semua imej anda pergi ke satu tindanan, pembentangan anda ke satu yang lain dan seterusnya. Sebarang fail baru yang anda tambah pergi ke tindanan yang betul dengan serta-merta—membantu anda memastikan semuanya dalam susunan secara automatik.
Pilih paparan anda
Anda juga boleh memilih bagaimana anda melihat item dalam tetingkap Finder. Sebagai contoh, anda tidak perlu melihat item anda dalam senarai—paparan Galeri membolehkan anda menyelak menerusi fail dan folder anda secara visual.
Hantarnya dengan AirDrop
Anda boleh menghantar fail ke peranti iOS yang berdekatan atau Mac terus daripada Finder. Klik AirDrop dalam bar sisi untuk memulakan. Lihat Gunakan AirDrop untuk menghantar fail ke peranti berdekatan anda.
Anda juga boleh memilih fail dalam Finder, kemudian klik butang Kongsi (atau gunakan Touch Bar) untuk kongsi ia menggunakan Mail, AirDrop, Mesej, Nota dan selanjutnya.