Ketahui cara kata laluan digunakan pada Mac
macOS direka bentuk untuk memastikan maklumat anda selamat dan terjamin. Keselamatan Mac anda banyak bergantung pada penggunaan kata laluan yang selamat dalam kawasan kunci.
Kata laluan log masuk
Kata laluan log masuk, juga dinamakan kata laluan pengguna, membenarkan anda untuk log masuk dan mengakses maklumat pada Mac anda. Apabila anda mencipta kata laluan log masuk anda, pastikan ia mudah diingati, tuliskannya dan simpannya di tempat yang selamat.
Kata laluan Apple ID
Apple ID memberikan anda akses ke iTunes Store, App Store, Apple Books, iCloud, FaceTime dan perkhidmatan Apple lain. Ia mengandungi alamat e-mel (sebagai contoh, daniel_rico1@icloud.com) dan kata laluan. Apple mengesyorkan anda menggunakan Apple ID yang sama untuk semua perkhidmatan Apple. Apabila anda mencipta kata laluan Apple ID anda, pastikan ia mudah diingati, tuliskannya dan simpannya di tempat yang selamat. Jika anda tidak boleh mengingati kata laluan Apple ID anda, lihat Jika anda terlupa kata laluan Apple ID anda.
Anda juga boleh menggunakan Apple ID anda untuk mereset kata laluan log masuk anda jika anda terlupa. Daftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda.
Kata laluan tapak web
Apabila anda perlu mencipta kata laluan untuk tapak web, Safari mencadangkan kata laluan unik, sukar untuk diteka (atau “kukuh”). Anda disyorkan untuk menggunakan kata laluan dicadangkan atau mencipta kunci laluan. Kata laluan dan kunci laluan disimpan dalam rantai kunci, kemudian diisi secara automatik kali seterusnya anda perlu mendaftar masuk.
Untuk melihat atau menukar kata laluan dan kunci laluan yang anda telah simpan untuk tapak web, gunakan seting Kata Laluan. Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kata laluan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Rantai kunci kata laluan
Rantai kunci menyimpan kata laluan anda dan memasukkannya secara automatik apabila anda mendaftar masuk ke tapak web, app dan perkhidmatan. Anda boleh menyimpan kata laluan dalam Akses Rantai Kunci dan Rantai Kunci iCloud.
Akses Rantai Kunci: Akses Rantai Kunci menyimpan kata laluan untuk pelbagai app dan perkhidmatan untuk Mac anda. Kata laluan rantai kunci anda (yang membuka kunci rantai kunci anda) disetkan untuk sepadan dengan kata laluan log masuk bagi Mac anda. Lihat Perihal kata laluan rantai kunci anda.
Rantai Kunci iCloud: Rantai Kunci iCloud memastikan kata laluan dikemas kini merentas Mac, iPhone, iPad dan iPod touch anda. Ia menyimpan tapak web dan kata laluan Wi-Fi serta memastikan kata laluan dan seting akaun yang anda tambah ke seting Akaun Internet terkini pada Mac anda. Lihat Sediakan Rantai Kunci iCloud untuk mengisi auto maklumat.
Perihal kunci pemulihan anda
Jika anda melindungi maklumat pada Mac anda menggunakan FileVault, anda boleh memilih cara untuk membuka kunci cakera anda dan mereset kata laluan log masuk anda jika anda terlupa: menggunakan akaun iCloud anda atau kunci pemulihan. Kunci pemulihan ialah rentetan huruf dan nombor yang dicipta untuk anda. Kunci pemulihan tidak sepatutnya disimpan di lokasi yang sama dengan Mac, di tempat ia boleh ditemui.