Buatkan Mac anda menyebut pengumuman
Anda boleh menjadikan Mac anda menyebut teks dalam dialog dan pengumuman lain serta memaklumkan anda apabila app memerlukan anda melaksanakan satu tindakan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Kandungan Dituturkan di sebelah kanan.
Aktifkan “Sebut pengumuman”, klik butang Info , kemudian setkan mana-mana pilihan berikut:
Suara: Pilih suara untuk menyebut pengumuman. Untuk memilih dan memuat turun suara tambahan, klik menu timbul, kemudian pilih Urus Suara.
Frasa: Pilih frasa yang anda mahu dengar sebelum teks pengumuman (nama app yang dikaitkan dengan pengumuman disertakan). Untuk menambah frasa anda sendiri, klik menu timbul, kemudian pilih Edit Senarai Frasa.
Tundaan: Seret gelangsar untuk mengesetkan bilangan saat anda mahu Mac anda menunggu sebelum ia bercakap.
Untuk mendengar pratonton pilihan anda, klik Mainkan Sampel.
Apabila anda selesai mengesetkan pilihan, klik OK.
Anda juga boleh menggunakan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam untuk macOS, untuk mendengar perihalan item pada skrin dan untuk mengawal Mac anda menggunakan papan kekunci. Lihat Panduan Pengguna VoiceOver.