Tukar suara yang Mac anda gunakan untuk menyebut teks
Anda boleh mengubah suara yang Mac anda gunakan untuk bercakap teks dalam tetingkap atau dalam mesej amaran.
Pilih suara
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pertuturan.
Klik menu timbul Suara Sistem, kemudian pilih suara.
Untuk laraskan kelajuan suara bercakap, seret penggelongsor Kadar Percakapan.
Klik Mainkan untuk menguji suara dan kadar bercakap.
Tambah suara baru
Anda boleh menambah suara ke menu timbul Suara Sistem. Jika anda menambah suara yang bukan dari Mac anda, ia akan memuat turun dari Apple secara automatik.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pertuturan.
Klik menu timbul Suara Sistem, kemudian pilih Menyesuaikan.
Pilih kotak semak bersebelahan suara yang anda ingin tambah.
Untuk mencari suara, masukkan nama, negara atau rantau, atau bahasanya dalam medan carian.
Untuk membuat sampel suara, pilih ia, kemudian klik Mainkan.
Klik OK.
Klik menu timbul Suara Sistem, kemudian pilih suara.
Suara muncul dalam menu apabila muat turun selesai.
Padam suara yang dimuat turun
Anda boleh memadam suara yang anda muat turun ke Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pertuturan.
Klik menu timbul Suara Sistem, kemudian pilih Menyesuaikan.
Nyahpilih kotak semak bersebelahan suara yang anda ingin padam.
Klik OK, kemudian klik Delete.
Jika komputer anda menyebut dan anda mahu ia berhenti, cuba salah satu penyelesaian ini:
Dalam bar menu app yang anda gunakan, pilih Edit > Pertuturan > Henti Menyebut.
Jika VoiceOver (pembaca skrin terbina dalam) menyebut, tekan Command-F5 untuk nyahaktifkannya.