Tukar seting output bunyi pada Mac
Anda boleh memainkan bunyi melalui speaker dalaman komputer anda, speaker paparan anda (jika ia mempunyai speaker), atau melalui speaker, fon kepala, atau peralatan lain yang dipasang ke dalam Mac anda atau tersedia wayarles melalui AirPlay.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Bunyi dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Output di sebelah kanan, kemudian pilih peranti yang anda mahu gunakan dalam senarai peranti output bunyi.
Semua peranti output bunyi tersedia kepada Mac anda disenaraikan, termasuk speaker dalaman komputer, peranti yang dipasang ke dalam port bunyi komputer anda (), speaker USB dan peranti AirPlay.
Untuk sebarang peranti yang dipasang ke dalam port bunyi komputer, pilih Fon kepala.
Lakukan mana-mana daripada berikut untuk melaraskan seting output bunyi anda:
Laraskan kelantangan: Seret gelangsar kelantangan Output.
Jika anda mempunyai Bunyi dalam bar menu, anda boleh meningkatkan atau menurunkan kelantangan dari mana-mana sahaja.
Untuk mengesetkan kelantangan bagi bunyi isyarat, seret gelangsar kelantangan Isyarat dalam Kesan Bunyi. Kelantangan isyarat adalah relatif kepada kelantangan komputer anda, jadi jika anda mengurangkan kelantangan komputer, bunyi isyarat juga dimainkan dengan lebih senyap.
Hentikan output bunyi: Pilih kotak semak Senyap.
Laraskan imbangan: Seret gelangsar Imbang.
Bergantung kepada Mac anda dan peranti yang anda gunakan, anda boleh setkan pilihan kelantangan lain dengan menggunakan app Persediaan MIDI Audio.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Jika anda menggunakan app yang mempunyai kawalan kelantangan (sebagai contoh, Muzik atau iMovie), setingnya hanya boleh sama dengan atau kurang daripada kelantangan output komputer. Ia tidak menggantikan perkara yang anda pilih dalam seting Bunyi.