Tukar seting output bunyi pada Mac
Anda boleh memainkan bunyi melalui speaker dalaman komputer anda, speaker paparan anda (jika ia mempunyai speaker), atau melalui speaker, fon kepala, atau peralatan lain yang dipasang ke dalam Mac anda atau tersedia wayarles melalui AirPlay.
Buka anak tetingkap Output untuk saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi, kemudian klik Output.
Pilih peranti yang anda mahu gunakan dalam senarai peranti output bunyi.
Semua peranti output bunyi tersedia kepada Mac anda disenaraikan, termasuk speaker dalaman komputer, peranti yang dipasang ke dalam port bunyi komputer anda (), speaker USB dan peranti AirPlay.
Untuk sebarang peranti yang dipasang ke dalam port bunyi komputer, pilih Fon kepala.
Lakukan mana-mana daripada berikut untuk melaraskan seting output bunyi anda:
Laraskan imbangan atau kelantangan: Seret gelangsar kelantangan.
Tunjukkan kawalan kelantangan dalam bar menu: Pilih kotak semak “Tunjukkan kelantangan dalam bar menu” supaya anda boleh menaikkan atau menurunkan kelantangan daripada mana-mana sahaja.
Untuk setkan kelantangan berasingan bagi bunyi amaran, klik Kesan Bunyi.
Bergantung kepada Mac anda dan peranti yang anda gunakan, anda boleh setkan pilihan kelantangan lain dengan menggunakan app Persediaan MIDI Audio.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Jika anda menggunakan app yang mempunyai kawalan kelantangan (sebagai contoh, iTunes atau iMovie), setingnya hanya boleh sama dengan atau kurang daripada kelantangan output komputer. Mereka tidak menggantikan seting yang anda pilih dalam keutamaan Bunyi.