Sambung ke Mac dari komputer Windows
Jika anda mengaktifkan perkongsian fail pada Mac anda, orang yang menggunakan komputer Windows boleh bersambung ke komputer anda.
Aktifkan perkongsian fail pada Mac anda dan setkannya untuk berkongsi fail dengan pengguna Windows.
Sediakan nama dan kata laluan bagi akaun pengguna yang anda gunakan di Mac anda untuk perkongsian Windows.
Pada komputer Windows, buka Penjelajah Fail, klik Rangkaian dan cari Mac yang anda mahu untuk bersambung.
Dwiklik Mac, kemudian masukkan nama akaun dan kata laluan untuk akaun pengguna.
Ia mungkin mengambil masa seketika untuk komputer Windows menunjukkan bahawa Mac sedang dalam rangkaian.
Jika pengguna tidak dapat bersambung ke Mac dari komputer Windows menggunakan akaun pengguna yang anda tentukan, anda boleh reset kata laluan untuk akaun tersebut dalam keutamaan Pengguna & Kumpulan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Reset kata laluan log masuk Mac anda.
Selepas pengguna bersambung ke Mac, mereka mempunyai akses ke semua folder dalam folder rumah bagi akaun pengguna yang digunakan untuk perkongsian Windows, serta sebarang folder atau volum lain jika mereka diberikan kebenaran untuk mengakses.