Kongsi sambungan Internet pada Mac anda
Anda boleh berkongsi sambungan Internet pada Mac anda dengan pengguna lain dalam rangkaian setempat anda.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian, kemudian pilih Perkongsian Internet.
Klik menu timbul “Kongsi sambungan anda daripada”, kemudian pilih sambungan Internet yang anda mahu kongsi. Sebagai contoh, jika anda disambungkan ke Internet melalui Ethernet, pilih Ethernet.
Pilih bagaimana anda mahu berkongsi sambungan Internet anda dalam senarai “Ke komputer menggunakan”. Sebagai contoh, jika anda mahu berkongsi sambungan Internet anda melalui Wi-Fi, pilih Wi-Fi.
Jika anda berkongsi sambungan Internet menggunakan Wi-Fi, klik Pilihan Wi-Fi, berikan nama kepada rangkaian anda, klik menu timbul Keselamatan dan pilih WPA2 Peribadi, masukkan kata laluan, kemudian klik OK.
Pilih kotak semak Perkongsian Internet.
AMARAN: Jika sambungan Internet dan rangkaian setempat anda menggunakan port yang sama (Ethernet, sebagai contoh), siasat semua kemungkinan kesan sampingan sebelum anda mengaktifkan perkongsian Internet. Dalam sesetengah situasi, berkongsi sambungan Internet anda akan mengganggu rangkaian. Jika anda menggunakan modem kabel, sebagai contoh, anda boleh menjejaskan seting rangkaian bagi pelanggan ISP lain secara tidak sengaja dan ISP anda mungkin menamatkan perkhidmatan anda.