Jika anda tidak boleh mendengar Mac anda bercakap
Jika Mac anda tidak bercakap, anda mungkin tidak memilih apa-apa supaya ia bercakap, atau kelantangan mungkin direndahkan. Berikut adalah beberapa penyelesaian untuk dicuba:
Jika anda mahu dengar teks yang dipilih, pilih kotak semak "Bercakap teks dipilih apabila kekunci ditekan" dalam anak tetingkap Pertuturan dari Keutamaan Sistem Kebolehcapaian (pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pertuturan).
Jika anda mahu dengar mesej isyarat, pilih kotak semak "Dayakan pengumuman" dalam anak tetingkap Pertuturan dari Keutamaan Sistem Kebolehcapaian (pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pertuturan).
Pastikan kelantangan output diaktifkan dalam anak tetingkap Output keutamaan Bunyi atau gunakan menu bunyi dalam bar menu jika ia tersedia (pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi, kemudian klik Output).
Jika anda menggunakan VoiceOver, pastikan ia diaktifkan. Tekan Command-F5. Jika anda tidak mendengar sapaan VoiceOver, tekan Command-F5 lagi. Jika anda masih tidak mendengar sapaan, semak tetapan kelantangan. Jika anda menggunakan Mac mudah alih, anda mungkin perlu menekan Fn-Command-F5.
Jika anda menggunakan aplikasi yang bercakap kepada anda, semak keutamaan aplikasi untuk melihat jika anda perlu memilih pilihan bagi mendengar mesej aplikasi.