Pilih item
Untuk mengalih, menyalin dan membuat perubahan kepada item, biasanya anda perlu memilihnya dahulu.
Pilih item: Klik item. Contohnya, dalam Finder, klik ikon untuk dokumen, folder, app atau cakera.
Pilih item berbilang: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian klik item.
Pilih item berbilang yang disenaraikan bersama: Klik item pertama, kemudian tekan kekunci Shift dan klik item terakhir. Semua item di antaranya termasuk dalam pemilihan.
Anda juga boleh mengklik berdekatan item pertama, tekan dan tahan butang trackpad atau tetikus, kemudian seret ke atas semua item. Cara ini amat berguna dalam paparan Ikon di Finder.
Pilih semua item dalam tetingkap: Klik tetingkap untuk menjadikannya aktif, kemudian tekan Command-A.
Nyahpilih satu item apabila berbilang item dipilih: Command-klik item.