Optimumkan seting tenaga untuk Mac mudah alih
Jika anda mempunyai Mac mudah alih, anda boleh optimumkan tenaga yang diguna komputer anda untuk mendapatkan hayat bateri yang panjang apabila ia tidak dipasang ke dalam salur keluar kuasa atau untuk mendapatkan prestasi terbaik apabila ia dipasang.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Penjimat Kuasa.
Anda boleh setkan komputer atau paparan tidur pada masa berlainan apabila anda sedang menggunakan bateri atau bersambung ke kuasa.
Setkan masa tidur untuk penggunaan bateri: Klik Bateri, kemudian seret penggelongsor "Komputer tidur" dan "Paparan tidur" atau penggelongsor "Nyahaktifkan paparan selepas".
Setkan masa tidur untuk penggunaan penyesuai kuasa: Klik Penyesuai Kuasa, kemudian seret penggelongsor "Komputer tidur" dan "Paparan tidur" atau penggelongsor "Nyahaktifkan paparan selepas".
Untuk menjimatkan tenaga, pilih “Tidurkan cakera keras tidur apabila mungkin” dalam anak tetingkap Bateri atau Penyesuai Kuasa.
Untuk menjadikan paparan anda dimalapkan semasa menggunakan bateri anda, pilih “Memalapkan paparan sedikit apabila menggunakan kuasa bateri” dalam anak tetingkap Bateri.