Sambung Mac anda ke komputer dan pelayan dikongsi
Anda boleh bersambung ke komputer dan pelayan fail yang dikongsi pada rangkaian anda, termasuk Mac dan komputer Windows yang diaktifkan perkongsian fail, serta pelayan yang menggunakan protokol seperti SMB.
Anda boleh bersambung dengan melayari atau memasukkan alamat rangkaian komputer atau pelayan. Cari nama dan alamat rangkaian komputer anda.
Buka keutamaan Perkongsian untuk saya
Bersambung ke komputer atau pelayan melalui pelayaran
Pada Mac anda, klik ikon Finder dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder, kemudian klik Rangkaian dalam bahagian Lokasi pada bar sisi.
Jika tiada item muncul dalam bahagian Lokasi bar sisi, tahan penuding ke atas perkataan Lokasi, kemudian klik Tunjukkan.
Dalam tetingkap Finder, dwiklik komputer yang anda mahu sambungkan, kemudian klik Sambung Sebagai.
Jika anda menyambung ke Mac yang mempunyai perkongsian skrin diaktifkan dan anda mempunyai keistimewaan yang sesuai, anda boleh juga klik Kongsi Skrin.
Pilih bagaimana anda mahu bersambung ke Mac:
Tetamu: Anda boleh menyambung sebagai Pengguna tetamu jika komputer dikongsi membenarkan akses tetamu.
Pengguna Berdaftar: Bersambung ke Mac lain menggunakan nama dan kata laluan log masuk yang sah. Jika “Hanya pengguna ini” dipilih pada Mac lain, pastikan nama log masuk yang anda gunakan berada dalam senarai pengguna dibenarkan.
Menggunakan Apple ID: Bersambung ke Mac lain menggunakan Apple ID. Anda mesti disediakan dalam keutamaan Pengguna & Kumpulan dengan Apple ID ini, pada kedua-dua Mac ini dan Mac lain.
Jika perlu, masukkan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian pilih volum atau folder dikongsi pada pelayan.
Dalam sesetengah situasi anda memerlukan kawasan rangkaian atau kumpulan kerja untuk komputer dikongsi. Jika anda tidak mempunyai maklumat ini, hubungi pemilik komputer atau pentadbir rangkaian anda.
Petua: Untuk memudahkan lagi untuk bersambung ke komputer di masa akan datang, pilih “Ingat kata laluan ini dalam rantai kunci saya” untuk menambah nama dan kata laluan pengguna untuk komputer kepada rantai kunci anda.
Sambung ke komputer atau pelayan dengan memasukkan alamatnya
Dalam Finder pada Mac anda, pilih Pergi > Sambung ke Pelayan.
Taipkan alamat rangkaian untuk komputer atau pelayan dalam medan Alamat Pelayan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang format yang betul untuk alamat rangkaian, lihat Format dan protokol alamat rangkaian.
Klik Sambung.
Pilih bagaimana anda mahu bersambung ke Mac:
Tetamu: Anda boleh menyambung sebagai Pengguna tetamu jika komputer dikongsi membenarkan akses tetamu.
Pengguna Berdaftar: Bersambung ke Mac lain menggunakan nama dan kata laluan log masuk yang sah. Jika “Hanya pengguna ini” dipilih pada Mac lain, pastikan nama log masuk yang anda gunakan berada dalam senarai pengguna dibenarkan.
Menggunakan Apple ID: Bersambung ke Mac lain menggunakan Apple ID. Anda mesti disediakan dalam keutamaan Pengguna & Kumpulan dengan Apple ID ini, pada kedua-dua Mac ini dan Mac lain.
Jika perlu, masukkan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian pilih volum pelayan atau folder dikongsi.
Untuk memudahkan lagi ia bersambung ke komputer pada masa akan datang, pilih “Ingat kata laluan ini dalam rantai kunci saya” untuk menambah nama dan kata laluan pengguna bagi komputer ke rantai kunci anda.
Sambung semula ke pelayan terbaru
Berikut adalah beberapa cara untuk memudahkannya menyambung semula komputer dan pelayan dikongsi yang anda kerap gunakan:
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih menu Apple > Item Terbaru, kemudian pilih daripada senarai pelayan terbaru.
Dalam Finder , pilih Pergi > Sambung ke Pelayan, klik menu timbul di sebelah paling kanan medan Alamat Pelayan, kemudian pilih pelayan terbaru.
Tambah komputer, kawasan rangkaian dan kumpulan kerja yang dikongsi ke bar sisi Finder. Pilih item, kemudian pilih Fail > Tambah Ke Bar Sisi.
Tambah komputer atau pelayan dikongsi kepada senarai kegemaran anda. Dalam Finder, pilih Pergi > Sambung ke Pelayan, masukkan alamat rangkaian, kemudian klik butang Tambah .
Jika anda tidak dapat mencari komputer atau pelayan dikongsi atau menyambung kepadanya, ia mungkin tidak tersedia, atau anda mungkin tidak mempunyai kebenaran untuk menyambung kepadanya. Hubungi pemilik komputer atau pentadbir rangkaian untuk mendapatkan bantuan.