Tukar kelajuan penjejak tetikus, dwiklik dan menskrol pada Mac
Untuk bekerja dengan lebih selesa, ubah cara tetikus anda memberi respons semasa anda menggerakkannya. Tetikus wayarles mesti disambungkan dengan Mac anda—atau tetikus empat butang mesti disambungkan ke Mac anda—untuk melakukan perubahan di bawah.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Tetikus.
Gerakkan gelangsar untuk menukar mana-mana daripada berikut:
Petua: Semasa anda melaraskan gelangsar, cuba gerakkan dan klik tetikus anda untuk melihat kesan daripada perubahan anda.
Menjejak: Laraskan berapa laju penuding bergerak apabila anda menyeret tetikus.
Dwiklik: Laraskan berapa cepat anda perlu mengklik supaya Mac anda dapat mengecam dwiklik.
Menskrol (jika tetikus anda mempunyai bola atau roda skrol): Laraskan berapa cepat penuding bergerak apabila anda skrol.
Jika anda menggunakan Magic Mouse atau peranti lain dengan berbilang butang, anda akan melihat pilihan tambahan. Contohnya, anda boleh tukar pilihan untuk cara anda klik sekunder (atau Control-klik) tetikus.
Jika anda menghadapi masalah menggunakan tetikus, anda boleh mengaktifkan Kekunci Tetikus, kemudian gunakan papan kekunci atau pad kekunci angka untuk menggerakkan penuding tetikus dan klik. Lihat Kawal penuding menggunakan Kekunci Tetikus pada Mac.