Padamkan fail dan folder
Pada bila-bila masa, anda boleh memadamkan fail, folder dan item lain yang anda tidak perlukan lagi. Anda bermula dengan menyeret item ke Sampah, tetapi item itu tidak dipadamkan sehingga anda mengosongkan Sampah.
Nota: Jika anda menyahakaktifkan Time Machine atau belum menyandarkan fail anda baru-baru ini, anda mungkin mahu menyimpan salinan sandaran pada peranti storan, sekiranya anda mengubah fikiran anda dan mahu item itu nanti.
Padamkan item dari Mac atau iCloud Drive anda
Seret item ke Sampah, atau pilh item, kemudian tekan Command-Delete. Jika item dikunci, klik Teruskan untuk mengesahkan yang anda mahu memindahkan item dikunci ke Sampah.
Jika item dikunci, anda perlu sahkan yang anda mahu pindahkannya ke Sampah, atau buka kunci item sebelum meletakkannya dalam Sampah. Untuk membuka kunci item terlebih dahulu, pilihnya, pilih Fail > Dapatkan Info (atau tekan Command-I), kemudian nyahpilih kotak semak Dikunci. Jika anda tidak log masuk sebagai pentadbir, anda mungkin perlu mengklik ikon kunci , kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Kosongkan item daripada Sampah
Control-klik item yang anda mahu padam, kemudian pilih Padam Segera.
Dalam mesej amaran yang muncul, klik Padam.
Kosongkan kesemua Sampah
Klik Sampah, kemudian klik butang Kosongkan di penjuru kanan atas tetingkap Finder. Anda juga boleh memilih Finder > Kosongkan Sampah.
Dalam mesej amaran yang muncul, klik Kosongkan Sampah.
Mencegah mesej amaran Sampah dari muncul
Sekali: Tekan kekunci Option apabila anda klik Kosongkan atau pilih Kosongkan Sampah.
Selalu: Nyahaktifkan amaran dalam anak tetingkap Lanjutan dari keutamaan Finder. Pilih Finder > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian nyahpilih “Tunjukkan amaran sebelum mengosongkan Sampah.”
Jika anda ubah fikiran anda sebelum mengosongkan Sampah
Klik Sampah untuk membukanya, kemudian seret item keluar dari Sampah, atau pilih item dan pilih Fail > Letak Balik.
Keluarkan item daripada Sampah secara automatik selepas 30 hari
Pilih Finder > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian pilih “Keluarkan item daripada Sampah selepas 30 hari.”
Nota: Item yang dipadamkan daripada Mac anda dipadamkan secara kekal. Anda mungkin boleh memulihkan item yang dipadamkan daripada iCloud di iCloud.com.