Perihal kata laluan rantai kunci anda
Kata laluan rantai kunci anda membenarkan anda mengesahkan app dan perkhidmatan yang disimpan dalam Akses Rantai Kunci secara automatik. Apabila pengguna dicipta, kata laluan rantai kunci disetkan untuk sepadan dengan kata laluan log masuk pengguna.
Apabila anda mengubah kata laluan log masuk dalam keutamaan Pengguna & Kumpulan, kata laluan rantai kunci dikemas kini secara automatik untuk memadankannya.
Jika kata laluan rantai kunci tidak sepadan dengan kata laluan log masuk anda, apabila anda log masuk anda mesti juga memasukkan kata laluan untuk membuka kunci rantai kunci.
Kata laluan rantai kunci tersedia hanya untuk pengguna dan bukan pentadbir. Jika kata laluan log masuk direset oleh pentadbir, kata laluan rantai kunci tidak akan diubah. Pengguna akan diminta untuk reset kata laluan rantai kunci semasa log masuk berikutnya. Jika kata laluan log masuk telah direset kerana pengguna terlupa kata laluan lama, kekunci, kata laluan dan maklumat lain dalam rantai kunci tidak boleh diakses dan pengguna perlu mencipta rantai kunci yang baru.