Salin teks, gambar dan filem dalam dokumen pada Mac
Salin teks, gambar dan filem dalam dokumen, atau dari satu dokumen kepada yang lain.
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Salin dalam dokumen: Pilih item untuk disalin, kemudian tekan dan tahan kekunci Option dan seret item ke lokasi baru dalam dokumen. (Jika anda tidak tekan terus kekunci Option, item dialihkan dan bukannya disalin.)
Salin dari satu dokumen ke dokumen lain: Buka kedua-dua dokumen, pilih item untuk disalin, kemudian seretkannya ke dokumen lain. Jika anda tidak boleh menyeret item, pilih Edit > Salin dan Edit > Tampal.
Tampal teks menggunakan gaya sekeliling: Pilih Edit > Tampal dan Padankan Gaya.
Membetulkan jarak secara automatik pada teks yang ditampal: Pilih Edit > Penggantian, kemudian pilih Salin/Tampal Pintar (tanda semak menunjukkan ia diaktifkan). Kini apabila anda menampal teks, ruang akan diselitkan atau dipadamkan di sekeliling teks sebagaimana diperlukan secara automatik. Untuk berhenti menggunakan ciri ini, pilih perintah semula.
Anda juga boleh menggunakan Papan Klip Universal untuk meyalin teks, imej, foto dan video pada satu peranti Apple, kemudian tampal kandungan pada peranti Apple lain.