Cari dengan Spotlight
Spotlight boleh mencari app, dokumen, foto dan fail lain pada Mac anda, serta boleh menggunakan Cadangan Spotlight untuk menunjukkan maklumat status penerbangan, berita, sukan, filem, saham, cuaca dan banyak lagi daripada sumber seperti web, Peta dan iTunes. Spotlight boleh melakukan pertukaran, pengiraan dan definisi untuk anda.
Petua: Anda boleh seret tetingkap Spotlight ke mana-mana sahaja pada desktop dan jadikannya lebih besar.
Buka Spotlight dan cari
Buka Spotlight: Klik ikon Spotlight di sudut kanan atas bar menu, atau tekan Command-bar Space.
Jika ini kali pertama anda menggunakan Spotlight, perihalan ditunjukkan dalam tetingkap Spotlight. Hanya mula menaip dalam medan carian yang bertulis Carian Spotlight.
Masukkan frasa carian: Mula menaip apa yang anda mahu cari—hasil muncul semasa anda menaip; anda tidak perlu tekan Return.
Anda boleh mencari fail pada Mac anda dengan menaip apa yang anda cari sama seperti cara anda menyebutnya. Sebagai contoh, anda dapat mencari dengan menaip “foto pulau pinang” atau “e-mel daripada kelly.”
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Tunjukkan e-mel daripada Azim” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Anda boleh cari perkara pada web dan dalam iTunes Store, App Store dan iBooks Store. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan hasil untuk cuaca, sukan, saham, atau status penerbangan atau maklumat transit. Cari muzik, filem, buku, app, kedai dan mercu tanda berdekatan, serta banyak lagi.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Apakah cuaca hari ini?”
Buka app: Taip nama app, seperti Pratonton, kemudian tekan Return.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Buka FaceTime”
Lihat dan guna hasil carian
Buka item: Pilih item dalam senarai hasil di sebelah kiri, kemudian tekan kekunci Return. Atau dwiklik item.
Gunakan pratonton: Klik item atau pautan dalam pratonton di sebelah kanan. Sebagai contoh, untuk dengar lagu dari senarai main iTunes anda, klik butang Main bersebelahan lagu. Atau untuk membeli tiket bagi filem yang ditayangkan berdekatan anda, klik masa tayangan.
Tunjukkan lokasi fail pada Mac anda: Pilih fail dalam senarai hasil, kemudian tekan dan tahan kekunci Command untuk menunjukkan lokasi fail di bahagian bawah pratonton.
Salin item: Seret fail dari senarai hasil ke desktop atau tetingkap Finder.
Lihat fail terbaru digunakan dalam app: Masukkan nama app (jangan tekan kekunci Return melainkan anda mahu buka app itu). Untuk buka fail, dwikliknya dalam pratonton.
Buatkan pintasan desktop pada item: Seret item dari senarai hasil ke desktop; hanya kliknya di desktop untuk buka item dalam app yang sesuai, seperti Safari.
Lihat semua hasil dari Mac anda dalam Finder: Skrol ke bawah senarai hasil, kemudian dwiklik Tunjukkan semua dalam Finder. Anda boleh perkecilkan hasil dalam Finder.
Dapatkan pertukaran, pengiraan dan definisi
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Berapa sentimeter dalam satu inci?” atau “Apakah maksud gerek?” Ketahui lanjut tentang Siri.
Tukar mata wang: Masukkan jumlah untuk melihat padanannya dalam mata wang utama lain. Contohnya, masukkan $100, £100, atau ¥100. Atau masukkan sesuatu seperti “300 krone dalam dollar.”
Tukar suhu: Masukkan suhu seperti 98.8F atau 32C. Atau masukkan sesuatu seperti "340K dalam C."
Tukar ukuran: Masukkan ukuran seperti 25 kg, 54 meter, atau 23 liter. Atau masukkan sesuatu seperti "32 kaki dalam meter."
Dapatkan pengiraan: Masukkan ungkapan matematik, seperti 956*23.94.
Dapatkan definisi: Masukkan perkataan atau frasa, kemudian klik hasil dalam bahagian Definisi.
Apabila Cadangan Spotlight didayakan, sesetengah app—sebagai contoh, Mail, Mesej dan Nota—mengaris kasar item (seperti nama artis, tempat atau tajuk filem) dalam teks atau menjadikannya pautan sebagai pembayang yang lebih maklumat tersedia. Hanya klik anak panah atau pautan untuk membaca dengan lebih lagi dalam tetingkap Cari. (Mesej, e-mel atau kandungan lain anda tidak dihantar kepada Apple; hanya item yang dikenal pasti sebagai pembayang Cari dan data penggunaan berkaitan mungkin dihantar).
Anda boleh mengecualikan folder, cakera atau jenis maklumat tertentu (seperti e-mel atau mesej) dari carian Spotlight. Jika anda mahu Spotlight mencari kandungan hanya pada Mac anda dan tidak menyertakan hasil daripada web, anda boleh menyahaktifkan Cadangan Spotlight. Untuk maklumat lanjut, lihat Keutamaan Spotlight.