Tukar seting RTT untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting RTT untuk menyediakan Mac anda untuk membuat dan menerima panggilan Teks Masa Nyata (RTT).
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik RTT di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Nota: Seting ini hanya ditunjukkan apabila anda telah menyediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan Wi-Fi dan panggilan telefon RTT didayakan pada iPhone anda. Panggilan Wi-Fi dan RTT tidak tersedia di semua negara atau rantau, atau disokong oleh semua pembawa.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Dayakan RTT | Buat dan terima panggilan RTT pada Mac anda tanpa menggunakan peranti khas. Apabila pilihan ini diaktifkan dan anda membuat panggilan telefon pada Mac, anda boleh memilih untuk menggunakan audio, RTT, atau geganti RTT untuk panggilan. |
Hantar serta-merta | Hantar aksara semasa anda menaipnya. Untuk menaip mesej penuh sebelum anda menghantarnya, nyahaktifkan pilihan ini. |
Nombor geganti TTY | Perkhidmatan geganti untuk digunakan apabila anda membuat panggilan geganti RTT pada Mac anda. Jika nombor tidak ditentukan, perkhidmatan geganti lalai pembawa anda digunakan. |
Selepas anda menyediakan RTT pada Mac anda, kelihatan dalam sesetengah app. Sebagai contoh, kelihatan dalam Kenalan apabila anda mengalihkan penuding ke atas nombor telefon kenalan untuk menunjukkan yang anda boleh membuat panggilan RTT.
Bergantung pada persekitaran rangkaian anda, panggilan RTT mungkin diturun taraf ke panggilan TTY.
Penting: Semasa membuat panggilan kecemasan di A.S. pada Mac anda, aksara khas atau nada dihantar untuk memberitahu operator. Keupayaan operator untuk menerima atau membalas kepada nada ini boleh berbeza bergantung pada lokasi anda. Apple tidak menjamin yang operator akan dapat menerima atau membalas panggilan RTT.