Gunakan iPad anda sebagai paparan kedua untuk Mac anda
Dengan Sidecar, anda boleh menggunakan iPad anda dalam orientasi landskap sebagai paparan kedua untuk Mac anda. Seperti mana-mana paparan kedua, anda boleh mengembangkan desktop anda dengan menunjukkan app dan tetingkap berlainan pada iPad anda, atau menjadikannya menunjukkan perkara yang sama yang anda lihat pada Mac anda.
Nota: Sidecar ialah ciri Kesinambungan. Untuk menggunakan ciri Kesinambungan, peranti anda mesti mempunyai Wi-Fi dan Bluetooth diaktifkan dan memenuhi keperluan sistem. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch.
Sediakan Sidecar
Anda tidak perlu menyambungkan iPad anda ke Mac anda dengan kabel untuk menggunakan Sidecar, tetapi anda perlu mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada kedua-dua peranti. Kemudian ikut langkah ini.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul di sebelah kanan (di bawah nama Mac anda), kemudian pilih iPad anda.
Anda juga boleh menggunakan Pusat Kawalan untuk menyediakan Sidecar. Klik Pusat Kawalan dalam bar menu, klik Pencerminan Skrin, kemudian pilih iPad anda.
Selepas anda menyediakan Sidecar, menu Pencerminan Skrin kelihatan dalam bar menu. Anda boleh menukar cara anda bekerja dengan iPad daripada menu Pencerminan Skrin pada bila-bila masa dengan mudah. Sebagai contoh, tukar antara menggunakan iPad sebagai paparan dicerminkan atau berasingan, atau tunjukkan atau sembunyikan bar sisi atau Touch Bar pada iPad.
Tukar pilihan Sidecar
Selepas anda menyediakan iPad anda sebagai paparan kedua untuk Mac anda, anda boleh menukar pilihan dalam seting Paparan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilih nama iPad anda di sebelah kanan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Klik menu timbul “Gunakan sebagai”, kemudian pilih sama ada anda mahu menggunakan iPad anda sebagai paparan utama atau untuk mencerminkan atau mengembangkan paparan anda.
Klik menu timbul bersebelahan Tunjukkan Bar Sisi dan pilih untuk sama ada menunjukkan bar sisi di sebelah kiri, kanan atau tidak sama sekali.
Klik menu timbul bersebelahan Tunjukkan Touch Bar dan pilih untuk sama ada menunjukkan Touch Bar di bahagian atas, bawah atau tidak sama sekali.
Aktifkan “Dayakan dwiketik pada Apple Pencil”.
Gunakan Sidecar
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Alihkan tetingkap daripada Mac ke iPad: Seret tetingkap ke hujung skrin sehingga penuding muncul pada iPad anda. Atau semasa menggunakan app, pilih Tetingkap > Alihkan ke iPad.
Alihkan tetingkap daripada iPad ke Mac: Seret tetingkap ke hujung skrin sehingga penuding muncul pada Mac anda. Atau semasa menggunakan app, pilih Tetingkap > Alihkan Tetingkap Kembali ke Mac.
Gunakan bar sisi pada iPad: Dengan jari atau Apple Pencil anda, ketik ikon dalam bar sisi untuk menunjukkan atau menyembunyikan bar menu, menunjukkan atau menyembunyikan Dock, atau menunjukkan papan kekunci atas skrin . Atau ketik satu atau lebih kekunci pengubah suai, seperti Control , untuk menggunakan pintasan papan kekunci.
Gunakan Touch Bar pada iPad: Dengan jari anda atau Apple Pencil, ketik sebarang butang dalam Touch Bar. Butang yang tersedia berbeza bergantung pada app atau tugas.
Gunakan Apple Pencil pada iPad: Dengan Apple Pencil anda, ketik untuk memilih item seperti perintah menu, kotak semak, atau fail. Jika Apple Pencil anda menyokongnya (dan anda memilih pilihan dalam seting Paparan), anda boleh dwiketik bahagian lebih bawah Apple Pencil anda untuk menukar alat melukis dalam sesetengah app. Lihat artikel Sokongan Apple Pasangkan Apple Pencil dengan iPad anda.
Gunakan gerak isyarat pada iPad: Gunakan gerak isyarat asas, seperti ketik, leret, skrol dan zum, serta gerak isyarat untuk memasukkan dan mengedit teks. Lihat Panduan Pengguna iPad.
Tukar antara desktop Mac dan iPad pada iPad: Leret ke atas daripada pinggir bawah iPad anda dengan satu jari untuk menunjukkan Skrin Utama. Untuk menunjukkan Dock iPad, leret ke atas dan jeda. Untuk menunjukkan Penukar App, leret ke atas dan jeda di bahagian tengah skrin. Untuk kembali ke desktop Mac, leret ke atas, kemudian ketik ikon Kesinambungan .
Apabila anda bersedia untuk berhenti menggunakan iPad anda, ketik ikon Putus Sambungan di bahagian bawah bar sisi pada iPad.
Anda juga boleh memutuskan sambungan pada Mac anda dengan mengklik iPad aktif yang disenaraikan dalam menu Pencerminan Skrin dalam bar menu.