Uruskan kata laluan menggunakan rantai kunci
macOS menggunakan rantai kunci untuk membantu anda menjejak dan melindungi kata laluan, nombor akaun dan maklumat sulit lain yang anda gunakan setiap hari pada komputer Mac dan peranti iOS anda.
Anda boleh gunakan app Akses Rantai Kunci pada Mac anda untuk melihat dan menguruskan rantai kunci anda. Jika anda sediakan Rantai Kunci iCloud pada Mac, anda boleh simpan rantai kunci anda dalam Rantai Kunci iCloud dan aksesnya daripada mana-mana komputer Mac atau peranti iOS anda.
Apakah rantai kunci?
Rantai kunci ialah bekas disulitkan yang menyimpan nama akaun dan kata laluan untuk Mac, app, pelayan dan tapak web anda dan maklumat sulit, seperti nombor kredit kad atau nombor PIN akaun bank dengan selamat.
Apabila anda akses tapak web, akaun e-mel, pelayan rangkaian, atau item dilindungi kata laluan lain, anda boleh memilih untuk menyimpan kata laluan dalam rantai kunci supaya anda tidak perlu mengingati atau masukkan kata laluan setiap kali.
Setiap pengguna pada Mac mempunyai rantai kunci log masuk. Kata laluan untuk rantai kunci log masuk anda sepadan dengan kata laluan anda gunakan untuk log masuk ke Mac anda. Jika pentadbir pada Mac anda reset kata laluan log masuk, anda perlu reset kata laluan log masuk rantai kunci anda.
Akses Rantai Kunci
Anda gunakan app Akses Rantai Kunci pada Mac anda untuk melihat dan uruskan log masuk anda dan rantai kunci lain dan juga item yang disimpan dengan selamat dalam rantai kunci—contohnya, kunci, sijil, kata laluan, maklumat akaun dan nota. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh mencarinya dalam Akses Rantai Kunci. Ketahui lanjut tentang Akses Rantai Kunci.
Rantai Kunci iCloud
Jika anda menggunakan iCloud, anda boleh menjadikan Rantai Kunci iCloud menyimpan nama pengguna dan kata laluan tapak web Safari, maklumat kredit kad yang digunakan dalam talian, maklumat rangkaian Wi-Fi dan banyak lagi dengan selamat. Rantai Kunci iCloud memastikan maklumat tersebut dikemas kini secara automatik merentasi semua komputer Mac dan peranti iOS anda. Rantai Kunci iCloud juga menyimpan maklumat log masuk untuk akaun anda gunakan dalam Mail, Kenalan, Kalendar dan Mesej—dan dalam akaun media sosial seperti Facebook atau Twitter—supaya ia tersedia pada semua peranti anda. Ketahui lanjut tentang Rantai Kunci iCloud.
Petua: Apabila anda menggunakan kata laluan dan kredit kad dalam talian, anda boleh membiarkan Safari menyimpannya dalam rantai kunci anda dan mengisi secara automatik untuk anda. Jika anda juga menggunakan Rantai Kunci iCloud pada Mac dan peranti iOS anda, Safari boleh mengisi maklumat disimpan pada mana-mana antaranya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan Isi Auto untuk kad kredit, kenalan dan kata laluan.