Sediakan Mac anda untuk menjadi Penerima AirPlay
Anda boleh mengaktifkan Penerima AirPlay untuk menerima kandungan video dan audio daripada sebarang Mac, iPhone atau iPad berdekatan pada rangkaian yang sama.
Penerima AirPlay tersedia pada komputer Mac disokong dengan macOS 12 atau lebih baharu. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk ciri Kesinambungan pada peranti Apple.
Nota: Jika Mac anda didaftarkan dalam sistem pengurusan peranti mudah alih (MDM), Penerima AirPlay mungkin tidak tersedia.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik AirDrop & Handoff di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Penerima AirPlay.
Klik menu timbul bersebelahan “Benarkan AirPlay untuk” dan pilih peranti yang boleh menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini:
Pengguna Semasa: Hanya peranti yang didaftar masuk ke Apple ID anda boleh melihat dan menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini.
Sesiapa Dalam Rangkaian Sama: Mana-mana Mac, iPhone atau iPad berdekatan pada rangkaian yang sama boleh melihat dan menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini.
Semua Orang: Mana-mana Mac, iPhone atau iPad boleh melihat dan menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini.
Aktifkan “Perlukan kata laluan”, masukkan kata laluan AirPlay baharu dalam medan carian, kemudian klik OK.
Jika anda mahu menukar kata laluan AirPlay kemudian, klik butang Set, masukkan kata laluan baharu, kemudian klik OK.