Sediakan Mac anda untuk menjadi penerima AirPlay
Anda boleh mengaktifkan Penerima AirPlay untuk menerima kandungan video dan audio daripada sebarang Mac, iPhone atau iPad berdekatan pada rangkaian yang sama.
Pilihan Penerima AirPlay tersedia pada komputer Mac yang disokong dengan macOS Monterey atau lebih baharu. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.
Nota: Jika Mac anda didaftarkan dalam sistem penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM), pilihan Penerima AirPlay mungkin tidak tersedia.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian .
Pilih kotak semak Penerima AirPlay dalam senarai perkhidmatan di sebelah kiri.
Pilih peranti yang boleh menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini.
Pengguna semasa: Hanya peranti yang didaftar masuk ke Apple ID anda boleh melihat dan menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini.
Sesiapa pada rangkaian yang sama: Mana-mana Mac, iPhone atau iPad berdekatan pada rangkaian yang sama boleh melihat dan menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini.
Semua Orang: Mana-mana Mac, iPhone atau iPad boleh melihat dan menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini.
Pilih kotak semak “Memerlukan kata laluan”, kemudian taip kata laluan dalam medan teks.