Gunakan Kapsyen Langsung pada Mac
Kapsyen Langsung memberikan anda kapsyen masa nyata audio—membenarkan anda mengikuti audio dalam sebarang app, seperti FaceTime atau Podcast dan dalam perbualan langsung di sekeliling anda. Audio diproses pada peranti.
Nota: Kapsyen Langsung kini dalam beta. Kapsyen Langsung hanya tersedia pada komputer Mac dengan Apple silicon dan tidak tersedia dalam semua bahasa, negara atau rantau. Ketepatan Kapsyen Langsung mungkin berbeza dan tidak seharusnya diharapkan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kapsyen Langsung
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kapsyen Langsung di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan atau nyahaktifkan Kapsyen Langsung (Beta).
Tetingkap Kapsyen Langsung kelihatan dan kekal pada skrin. Jika anda mahu menyembunyikan tetingkap apabila tiada audio dikesan, klik ikon Kapsyen Langsung dalam bar menu , kemudian pastikan Kekal Pada Skrin tidak dipilih.
Nota: Kali pertama anda mengaktifkan Kapsyen Langsung, data bahasa dimuat turun ke Mac anda. Anda mesti disambungkan ke internet.
Anda juga boleh mengaktifkan Kapsyen Langsung dalam FaceTime.
Gunakan Kapsyen Langsung
Apabila anda mengaktifkan Kapsyen Langsung pada Mac anda, audio ditranskripsikan dalam masa nyata dalam tetingkap Kapsyen Langsung.
Anda boleh menjedakan kapsyen pada bila-bila masa, tanpa menyahaktifkan Kapsyen Langsung. Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik butang Jeda dalam tetingkap Kapsyen Langsung. Klik butang Main untuk memulakan semula kapsyen.
Klik ikon Kapsyen Langsung dalam bar menu, kemudian pilih Hentikan Kapsyen Langsung. Pilih Mulakan Kapsyen Langsung untuk meneruskan kapsyen.
Jika anda menggunakan paparan braille dengan VoiceOver, apabila Kapsyen Langsung diaktifkan, anda boleh mengakses tetingkap Kapsyen Langsung daripada menu Dialog Sistem dalam Pemilih Aplikasi. Lihat Gunakan Kapsyen Langsung dengan paparan braille.
Jadikan perkara yang anda taip dituturkan dengan lantang
Semasa dalam perbualan—sebagai contoh, semasa perbualan panggilan video atau secara bersemuka—Mac anda boleh menaip perkara yang anda taipkan.
Dalam tetingkap Kapsyen Langsung pada Mac anda, klik medan Taip untuk Bercakap, masukkan perkara yang anda mahu sebutkan, kemudian tekan kekunci Return.
Untuk menunjukkan teks anda sedang di baca dengan lantang, mesej ditunjukkan di penjuru kiri atas tetingkap Kapsyen Langsung.
Nota: Jika anda tidak melihat medan teks Taip untuk Bercakap, klik ikon Kapsyen Langsung dalam bar menu, kemudian pilih Taip untuk Bercakap.
Tukar sumber audio untuk kapsyen
Apabila anda menggunakan Kapsyen Langsung pada Mac, anda boleh bertukar antara menambahkan kapsyen output audio atau mikrofon komputer.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik ikon Mikrofon di penjuru kanan atas tetingkap Kapsyen Langsung untuk bertukar antara output audio komputer Mac anda dan audio mikrofonnya.
Klik ikon Kapsyen Langsung dalam bar menu, kemudian pilih Audio Komputer atau Mikrofon.
Sesuaikan penampilan kapsyen
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kapsyen Langsung di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Tukar mana-mana daripada berikut:
Keluarga fon: Tukar fon yang digunakan dalam kapsyen.
Saiz fon: Besarkan atau kecilkan saiz teks yang digunakan dalam kapsyen.
Warna fon: Tukar warna teks yang digunakan dalam kapsyen
Warna latar belakang: Tukar warna latar belakang tetingkap Kapsyen Langsung.
Anda boleh mensaiz semula tetingkap Kapsyen Langsung dengan menyeret sebarang pinggir dan menukar kedudukannya pada skrin. Untuk memulihkan tetingkap ke saiz dan kedudukan lalainya, klik ikon Kapsyen Langsung dalam bar menu, kemudian pilih Pulihkan Kedudukan Lalai.
Anda juga boleh mengesetkan pilihan untuk menunjukkan atau menyembunyikan tetingkap Kapsyen Langsung apabila tiada audio dikesan. Klik ikon Kapsyen Langsung dalam bar menu, kemudian pilih Kekal Pada Skrin untuk sentiasa memaparkan tetingkap Kapsyen Langsung. Jangan pilih pilihan tersebut jika anda mahu menyembunyikan tetingkap apabila tiada audio dikesan.
Anda boleh menggunakan Pintasan Kebolehcapaian untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Kapsyen Langsung dengan cepat.
Anda juga boleh menggunakan pintasan papan kekunci untuk kebanyakan tindakan Kapsyen Langsung, seperti mengaktifkan atau menyahaktifkannya dan menukar sumber audio. Untuk melihat dan menyesuaikan pintasan yang tersedia, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Papan Kekunci dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), klik Pintasan Papan Kekunci di sebelah kanan, kemudian klik Kebolehcapaian. Lihat Gunakan pintasan papan kekunci macOS.