Tukar keutamaan Langganan Apple dalam Perkongsian Keluarga pada Mac
Pada Mac, anda boleh melanggan Apple Music, Apple TV+, Apple News+ dan banyak lagi dan kongsi langganan anda dengan ahli keluarga. Gunakan keutamaan Langganan Apple dalam Perkongsian Keluarga untuk melihat perkhidmatan yang anda kongsi dengan ahli keluarga.
Untuk melihat langganan yang tersedia, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Langganan Apple dalam bar sisi.
Buka keutamaan Perkongsian Keluarga untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai Langganan Apple | Anda boleh melanggan ke perkhidmatan Apple dan berkongsinya dengan ahli keluarga. Contohnya, anda boleh mencipta keahlian Pelan Keluarga Apple Music dan berkongsi lebih daripada 40 juta lagu dengan kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Langganan dalam senarai bertukar apabila perkhidmatan baru tersedia. Klik butang Ketahui Lebih Lanjut bersebelahan perkhidmatan untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya atau untuk mengurus langganan sedia ada anda. |