Cara menggunakan Siri pada Mac anda
Selepas anda mengaktifkan Siri, anda boleh menggunakannya untuk melakukan hampir semua perkara. Hanya sebutkan sesuatu seperti “Pukul berapa sekarang di Paris?” atau “Aktifkan Jangan Ganggu”.
Contoh cara untuk menggunakan Siri
Pada Mac anda, aktifkan Siri untuk menjawab soalan atau menyelesaikan tugas.
Berikut adalah beberapa contoh:
Cakap sesuatu seperti | Perihalan |
---|---|
“Buka Nota.” | Membuka app Nota. |
“Tunjukkan saya peringatan saya.” | Menunjukkan peringatan anda. |
“Cipta nota” (dan kemudian rencanakan perkara yang anda mahu tulis). | Menulis nota atau e-mel. |
“Sediakan mesyuarat pada pukul 9”. | Menyediakan mesyuarat. |
“Setkan pemasa piza selama 12 minit”. | Memulakan pemasa kira detik daripada app Jam. |
“Mainkan senarai main lagu gembira.” | Mencadangkan lagu atau memainkan senarai main dalam Apple Music berdasarkan muzik yang anda dengar atau gemari. |
”Mainkan lagu teratas dari Mac 1991”. | Memainkan lagu teratas dari Mac 1991. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang lagu, album, artis, atau nota album untuk item dalam pustaka muzik anda. |
“Di manakah kedai runcit terdekat?” atau “Apakah masa sekarang di Paris?” | Memberikan maklumat berdasarkan lokasi anda (apabila Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam seting Privasi & Keselamatan), seperti kedai runcit terdekat, atau menunjukkan peta dengan lebih butiran. |
“Tingkatkan kecerahan skrin saya” | Menukar seting tertentu, atau membuka seting supaya anda boleh memilih pilihan. |
“Cari AirPods saya” atau “Ping iPhone saya.” | Membuka app Cari dan menunjukkan lokasi peranti anda. |
“Matikan lampu”. | Mengawal lampu dan aksesori lain dalam rumah anda. |
“Aktifkan Kawalan Suara”. | Mengaktifkan Kawalan Suara (atau ciri kebolehcapaian lain). |
“Apakah yang menyebabkan musim berlaku?” | Memberikan jawapan untuk soalan umum. |
“Hai Siri, sekat masa selama satu jam”. | Mencipta peristiwa satu jam menggunakan Pintasan Siri. Lihat Tambah Pintasan Siri. |
Petua: Untuk mendapatkan lebih idea tentang cara menggunakan Siri, aktifkan Siri terlebih dahulu, kemudian sebutkan “Apa yang anda boleh lakukan?”
Jika anda mahu menaip permintaan anda pada Siri berbanding menyebutnya, anda boleh aktifkan Taip ke Siri. Lihat Tukar seting Siri untuk kebolehcapaian.
Jika tetingkap Siri tidak ditutup secara automatik, anda boleh menutupnya secara manual—gerakkan penuding di atasnya, kemudian klik butang Kosongkan atau leret ke kiri pada tetingkap Siri menggunakan dua jari pada trackpad (gunakan satu jari pada Magic Mouse).
Gunakan hasil Siri
Anda boleh membuka hasil Siri terus daripada tetingkap Siri atau gunakannya dalam e-mel atau dokumen.
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka hasil: Dwiklik halaman web untuk membukanya dalam Safari, atau dwiklik fail atau dokumen untuk membukanya dalam app berkaitan pada Mac anda. Anda juga boleh klik paksa hasil untuk pratontonnya dalam Lihat Cepat.
Guna atau simpan hasil: Seret lokasi, imej atau hasil teks ke dalam e-mel atau dokumen atau ke desktop.