Tukar kad kredit yang dikongsi oleh kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac
Jika anda ialah pengelola keluarga, anda boleh menukar kad kredit lalai yang digunakan untuk pembelian dan langganan oleh semua ahli keluarga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Dalam App Store pada Mac anda, klik [nama anda] di bahagian bawah bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar Masuk dan ikuti arahan atas skrin. Lihat Daftar masuk ke App Store.
Klik Seting Akaun di sebelah kanan, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda jika digesa.
Di bawah Ringkasan Apple ID, klik Urus Bayaran bersebelahan Maklumat Bayaran.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tukar kaedah bayaran lalai: Klik ikon Isih bersebelahan kaedah bayaran untuk menukar kedudukannya dalam senarai. Kaedah bayaran pertama dalam senarai ialah kaedah lalai yang digunakan untuk pembelian dan langganan Perkongsian Keluarga.
Tambah kaedah bayaran lain: Klik Tambah Bayaran dan ikut arahan atas skrin.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar kaedah bayaran Perkongsian Keluarga dalam Apple Music, lihat Sediakan dan lihat akaun iTunes Store dalam Muzik.