Daftar masuk atau keluar daripada Akaun Apple anda pada Mac
Anda boleh mendaftar masuk ke Akaun Apple dalam Seting Sistem pada Mac. Selepas anda mendaftar masuk, anda boleh menggunakan seting Akaun Apple untuk menukar maklumat peribadi anda, seting daftar masuk dan keselamatan, maklumat bayaran dan penghantaran, serta banyak lagi.
Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple dan mahu mencipta akaun, lihat Cipta Akaun Apple.
Penting: Jika anda terlupa atau perlu mereset alamat e-mel atau kata laluan Akaun Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa alamat e-mel atau nombor telefon utama Akaun Apple anda dan Jika anda terlupa kata laluan Akaun Apple anda.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik “Daftar masuk” di bahagian atas bar sisi.
Jika anda melihat nama anda, anda telah mendaftar masuk.
Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian klik Teruskan.
Masukkan kata laluan anda, klik Teruskan, kemudian ikut arahan atas skrin.
Daftar keluar daripada Akaun Apple anda
Daftar keluar daripada Akaun Apple anda untuk menghalang orang lain daripada mengakses maklumat akaun anda dan perkhidmatan Apple pada Mac anda—apabila anda menjual atau memberikan komputer anda, contohnya. Lihat artikel Sokongan Apple Perkara untuk dilakukan sebelum anda menjual, memberi, menukar atau mengitar semula Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Klik Daftar Keluar (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Ikuti arahan atas skrin untuk menyalin dan memuat turun data anda yang disimpan dalam iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mendaftar keluar daripada Akaun Apple anda, lihat Jika anda mendaftar keluar daripada seting Akaun Apple anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting Akaun Apple anda pada tapak web Akaun Apple, lihat halaman Akaun Apple anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menukar seting Akaun Apple menggunakan iPhone atau iPad anda, lihat Daftar masuk dan urus Akaun Apple anda pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone atau Daftar masuk dan urus Akaun Apple anda pada iPad dalam Panduan Pengguna iPad.