Tukar seting Pintasan untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Pintasan untuk kebolehcapaian bagi menukar pilihan yang disertakan dalam panel Pintasan Kebolehcapaian. Panel (ditunjukkan apabila anda menekan Option-Command-F5 atau, jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, apabila anda menekan Touch ID tiga kali dengan cepat) ialah cara yang cepat untuk anda mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan yang anda paling kerap gunakan.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Pintasan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Pintasan untuk kebolehcapaian untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai pilihan | Pilihan disertakan dalam panel Pintasan Kebolehcapaian. Untuk menyertakan pilihan, pilih kotak semaknya; jika anda tidak mahu menyertakan pilihan, nyahpilih kotak semaknya, Jika anda hanya memilih satu pilihan, panel tidak dipaparkan apabila anda menekan Option-Command-F5 atau menekan Touch ID tiga kali; sebaliknya, pilihan diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan serta-merta. |