Tukar keutamaan Pintasan untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Pintasan pada keutamaan Kebolehcapaian untuk menukar pilihan yang disertakan dalam panel Pintasan Kebolehcapaian. Panel (ditunjukkan apabila anda menekan Option-Command-F5 atau, jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, apabila anda menekan Touch ID tiga kali dengan cepat) ialah cara yang cepat untuk anda mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan yang anda paling kerap gunakan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Pintasan.
Buka anak tetingkap Pintasan untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai pilihan | Tandakan kotak semak untuk pilihan yang anda mahu sertakan dalam panel Pintasan Kebolehcapaian. Jika anda tidak mahu memasukkan pilihan, nyahtanda kotak semaknya. Jika anda hanya memilih satu pilihan, panel tidak dipaparkan apabila anda menekan Option-Command-F5 atau menekan Touch ID tiga kali; sebaliknya, pilihan diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan serta-merta. |