Gunakan HomePod dengan Mac
AirPlay membolehkan anda menstrim kandungan, seperti muzik dan podcast, daripada banyak app pada Mac anda ke HomePod anda.
Pastikan Mac dan HomePod anda berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.
Buka app pada Mac anda yang boleh menstrim kandungan.
Klik butang AirPlay (hanya tersedia jika HomePod atau peranti luaran lain anda berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan Mac anda).
Butang AirPlay kelihatan seperti atau , bergantung pada app.
Pilih kotak semak bersebelahan HomePod anda dalam senarai peranti, kemudian pilih sesetengah kandungan untuk distrim daripada Mac anda.
Nota: Jika anda memilih HomePod anda daripada senarai “Tukar ke”, anda boleh menukar dan mengawal sumber audio yang bermain menerusi HomePod anda, seperti Apple Music, daripada tetingkap Muzik. Anda hanya boleh mengawal satu peranti pada satu masa; apabila anda mahu mengawal komputer anda semula, hanya tukar semula padanya.