Gunakan Perkongsian Fail iCloud untuk berkongsi dokumen dengan pengguna iCloud lain
Dengan Perkongsian Fail iCloud anda boleh berkongsi sebarang jenis fail atau dokumen dalam iCloud Drive dengan pengguna iCloud lain. Anda dan orang yang anda jemput boleh melihat dan juga bekerja pada dokumen anda. Orang yang menerima jemputan anda boleh mengklik pautan untuk memuat turun fail yang dikongsi dari iCloud pada sebarang peranti mereka. Semua orang melihat dokumen dikongsi yang sama. Jika anda benarkan orang lain membuat edit, mereka boleh mengubah dan menyimpan dokumen dan anda akan melihat kemas kini kali seterusnya anda membuka dokumen pada Mac anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang iCloud Drive dan menyediakannya pada Mac anda, lihat Gunakan Cloud Drive untuk menyimpan dokumen.
Untuk menyediakan Perkongsian Fail menggunakan peranti iOS, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan iTunes untuk berkongsi fail antara komputer anda dan iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Kongsi dokumen
Untuk berkongsi dokumen, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Dalam Finder pada Mac anda, pilih iCloud Drive, pilih dokumen, klik butang Kongsi , kemudian pilih Tambah Orang.
Petua: Jika item berada pada desktop, Control-klik padanya, pilih Kongsi daripada menu pintasan, kemudian pilih Tambah Orang.
Dalam app yang menyokong Perkongsian Fail iCloud, buka dokumen, klik butang Kongsi , kemudian pilih Tambah Orang.
Pilih app yang anda mahu gunakan untuk menghantar jemputan.
Anda boleh gunakan Mail, Mesej, Salin Pautan dan Airdrop untuk menghantar jemputan.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan Berkongsi, klik menu timbul “Siapa boleh mengakses”, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih “Hanya orang yang anda jemput” untuk membenarkan hanya para jemputan untuk mengakses dokumen.
Pilih “Sesiapa dengan pautan” untuk membenarkan sesiapa yang menerima pautan untuk mengakses dokumen. Sebagai contoh, jemputan anda boleh berkongsi pautan dan memberi akses kepada orang yang tidak termasuk dalam jemputan asal.
Klik menu timbul Kebenaran, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih “Boleh mengubah suai” untuk membenarkan orang lain untuk menyemak semula dokumen.
Pilih “Lihat sahaja” untuk membenarkan akses baca sahaja.
Klik Kongsi, kemudian tambah alamat e-mel orang yang anda mahu berkongsi.
Apabila jemputan menerima jemputan anda, mereka boleh memuat turun fail yang dikongsi daripada iCloud ke sebarang peranti mereka. Jika anda membenarkannya, mereka boleh membuat perubahan dan menyimpan dokumen. Anda melihat kemas kini kali seterusnya anda membuka fail pada Mac anda.
Terima jemputan dan semak semula dokumen
Apabila anda memuat turun dokumen yang anda dijemput untuk berkongsi, fail dikongsi tersedia dalam iCloud Drive pada Mac anda, app Fail (iOS 11 atau lebih baru) atau app iCloud Drive (iOS 10 atau lebih awal) pada peranti iOS anda, pada iCloud.com dan pada PC dengan iCloud untuk Window.
Jika anda mempunyai kebenaran untuk menyemak semula dokumen, anda boleh membukanya dengan sebarang app yang serasi, kemudian buat dan simpan perubahan anda.
Dalam jemputan, klik pautan ke dokumen dikongsi.
Jika perlu, daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID dan kata laluan anda.
Apabila anda membuka fail dalam app Mac anda, buat perubahan anda, kemudian simpan dokumen.
Anda juga boleh membuka fail kemudian dengan sebarang app yang serasi dan membuat perubahan. Sesiapa yang berkongsi dokumen akan melihat perubahan terkini pada fail kali seterusnya mereka membukannya.
Tukar pilihan perkongsian dokumen
Anda boleh mengubah seting perkongsian yang anda pilih selepas anda berkongsi dokumen.
Pada Mac anda, pilih dokumen dalam iCloud Drive, atau bukanya dalam app yang menyokong Perkongsian Fail iCloud, klik butang Kongsi , kemudian pilih Tunjukkan Orang.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Kongsi dokumen dengan lebih ramai orang: Klik butang Tambah Orang, kemudian tambah alamat e-mel untuk setiap jemputan baru.
Salin pautan pada fail berkongsi untuk menghantar ke orang lain: Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan Berkongsi, kemudian klik Salin Pautan. Anda kini boleh menampal pautan ke dalam e-mel atau app lain.
Tukar siapa yang boleh mengakses fail untuk muat turun: Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan Berkongsi, kemudian pilih “Hanya orang dijemput” untuk hanya membenarkan jemputan untuk mengakses dokumen, atau pilih “Sesiapa dengan pautan” untuk membenarkan sesiapa yang menerima pautan untuk mengakses dokumen.
Tukar sama ada dokumen dikongsi boleh diubah atau hanya dilihat: Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan Berkongsi, kemudian pilih “Boleh mengubah suai” untuk membenarkan orang lain menyemak semula dokumen atau pilih “Lihat sahaja” untuk membenarkan akses baca sahaja.
Tukar seting perkongsian untuk orang tertentu: Tempatkan penuding ke atas nama orang, klik , kemudian pilih seting yang anda mahu.
Berhenti berkongsi fail dengan orang tertentu: Tempatkan penuding ke atas nama orang, klik , kemudian pilih Keluarkan Akses.
Berhenti berkongsi dokumen
Anda boleh berhenti berkongsi fail dengan orang yang anda jemput.
Pada Mac anda, pilih dokumen dalam iCloud Drive atau bukanya dalam app yang menyokong Perkongsian Fail iCloud.
Klik butang Kongsi , kemudian pilih Tunjukkan Orang.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Berhenti berkongsi dengan semua orang: Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan Berkongsi, kemudian klik Henti Perkongsian.
Berhenti berkongsi dengan orang tertentu: Tahan penuding ke atas nama orang, klik , kemudian Keluarkan Akses.
Anda juga boleh hanya mengalih atau memadamkan dokumen daripada iCloud Drive untuk berhenti orang lain daripada mendapat akses padanya.