Gunakan iPhone atau iPad untuk bersambung ke Internet
Mac anda boleh menggunakan hotspot peribadi pada iPhone atau iPad anda untuk bersambung ke Internet apabila Mac dan peranti iOS anda dalam jarak lingkungan antara satu sama lain.
Untuk menggunakan hotspot peranti anda, Mac anda mesti mempunyai OS X 10.10 atau lebih baru dan anda mesti mempunyai iPhone atau iPad (model selular) dengan iOS 8 atau lebih baru dan Hotspot Peribadi diaktifkan (pergi ke Seting > Hotspot Peribadi).
Nota: Ciri ini mungkin tidak tersedia dengan semua pembawa. Yuran tambahan mungkin dikenakan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sambung dengan menggunakan Wi-Fi
Pastikan peranti iOS anda dan Mac anda didaftarkan ke dalam iCloud dengan Apple ID yang sama.
Pada Mac anda, klik ikon status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih iPhone atau iPad anda.
Selepas anda bersambung ke hotspot peribadi pada iPhone atau iPad, anda boleh menggunakan menu status Wi-Fi untuk semak status bateri peranti anda dan kekuatan isyarat selularnya.
Apabila anda tidak menggunakan hotspot, peranti anda diputuskan sambungan secara automatik untuk menjimatkan hayat bateri.
Sambung menggunakan USB
Pastikan anda mempunyai versi terkini iTunes pada Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini ke versi terkini iTunes.
Sambungkan iPhone atau iPad anda ke Mac anda dengan kabel USB yang disertakan bersama peranti anda.
Jika anda melihat amaran pada peranti yang mengatakan “Percaya Komputer Ini?” ketik Percaya.
Untuk melihat status sambungan USB, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem > Rangkaian, kemudian pilih USB iPhone dalam senarai di sebelah kiri. Anda juga boleh memilih atau nyahpilih kotak semak “Nyahdayakan kecuali diperlukan”