Tukar seting AirDrop & Handoff pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting AirDrop & Handoff untuk memulakan sesuatu aktiviti pada satu peranti Apple dan menghantarnya ke peranti lain, hantar fail ke peranti Apple berdekatan anda dengan AiDrop, atau benarkan peranti lain menstrim kandungan ke Mac anda dengan Penerima AirPlay. Ketahui cara menggunakan AirDrop untuk menghantar fail ke peranti berdekatan anda.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik AirDrop & Handoff di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting AirDrop & Handoff untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Benarkan Handoff di antara Mac ini dan peranti iCloud anda (tidak tersedia pada semua komputer) | Jika Mac anda menyokong Handoff, aktifkan Handoff antara Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch anda. Lihat Teruskan tempat anda berhenti dengan Handoff. Peranti Apple anda mesti mengaktifkan Wi-Fi, Bluetooth® dan Handoff dalam Seting. Anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti anda. Apabila pilihan ini dipilih, anda boleh menyalin dan menampal antara peranti Apple anda. Lihat Salin dan tampal antara peranti daripada Mac anda. |
AirDrop | Pilih orang yang boleh menghantar fail kepada anda daripada peranti Apple berdekatan. Nota: Pilihan Kenalan Sahaja tersedia pada peranti dengan iOS 10, iPadOS, macOS 10.12, atau lebih baharu. Jika peranti anda mempunyai versi perisian lebih awal, pilih pilihan Semua Orang untuk menerima item melalui AirDrop. (Anda boleh menyahdayakan pilihan Semua Orang selepas anda menerima item.) |
Penerima AirPlay | Benarkan peranti Apple berdekatan untuk menstrim kandungan ke Mac ini dengan AirPlay. Lihat Sediakan Mac anda untuk menjadi Penerima AirPlay. Penerima AirPlay tersedia pada komputer Mac disokong dengan macOS 12 atau lebih baharu. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk ciri Kesinambungan pada peranti Apple. Nota: Jika Mac anda didaftarkan dalam sistem pengurusan peranti mudah alih (MDM), Penerima AirPlay mungkin tidak tersedia. |
Benarkan AirPlay untuk | Pilih peranti yang boleh menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan ke Mac ini.
|
Perlukan kata laluan | Perlukan kata laluan untuk menggunakan AirPlay bagi menstrim kandungan ke Mac ini. Aktifkan Perlukan kata laluan, klik Setkan, masukkan kata laluan dalam medan carian, kemudian klik OK. |