Buka kunci Mac anda dan luluskan permintaan dengan Apple Watch
Apabila anda memakai Apple Watch anda dan berdekatan Mac, anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk membuka kunci Mac anda atau meluluskan permintaan app, tanpa perlu memasukkan kata laluan.
Nota: Untuk menggunakan ciri ini, pastikan anda memakai Apple Watch anda yang dibuka kunci dengan Mac anda berdekatan, anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Mac anda (model pertengahan 2013 atau lebih baharu) dan Apple Watch dan pengesahan dua faktor diaktifkan untuk Apple ID anda dan Mac anda berdekatan.
Aktifkan Buka Kunci Auto dan Luluskan dengan Apple Watch
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Keselamatan & Privasi .
Buka keutamaan Keselamatan & Privasi untuk saya
Jika kunci di bahagian kiri bawah dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Klik Umum, kemudian pilih “Gunakan Apple Watch anda untuk membuka kunci app dan Mac anda” (tersedia jika Apple Watch anda mempunyai watchOS 6 atau lebih baharu dipasang).
Jika Apple Watch anda mempunyai watchOS 3, 4, atau 5 dipasang, pilih “Benarkan Apple Watch anda membuka kunci Mac anda”. (Anda tidak boleh meluluskan permintaan app.)
Buka Kunci Mac anda
Bangunkan Mac anda daripada keadaan melahu dengan menekan sebarang kekunci papan kekunci, pada komputer buku Mac, dengan membuka paparan. Skrin menunjukkan bahawa Mac anda sedang dibuka kunci.
Luluskan permintaan app
Apabila app memerlukan pengesahan pada Mac anda—contohnya, untuk melihat kata laluan, membuka kunci nota atau keutamaan dan luluskan pemasangan app—permintaan kelulusan daripada Mac anda muncul pada Apple Watch anda.
Dwiklik butang sisi Apple Watch anda untuk meluluskan permintaan tugasan.
Jika anda tidak pasti Mac anda menyokong Buka Kunci Auto dan Luluskan dengan Apple Watch, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, kemudian klik Laporan Sistem. Dalam bar sisi, dalam bahagian Rangkaian, klik Wi-Fi, kemudian lihat di sebelah kanan untuk “Buka Kunci Auto: Disokong”.
Jika anda pentadbir untuk pengguna lain pada Mac, anda boleh log masuk ke akaun pengguna mereka dan aktifkan Buka Kunci Auto atau Luluskan dengan Apple Watch untuk mereka, selagi Apple ID mereka menggunakan pengesahan dua faktor dan Apple Watch mempunyai watchOS yang diperlukan dipasang.