Selaraskan fail daripada Mac anda ke iPhone atau iPad
Anda boleh memindahkan fail daripada Mac anda ke peranti. Sebagai contoh, anda boleh memindahkan fail khusus ke peranti anda supaya anda boleh menggunakannya semasa berjauhan daripada Mac anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyelarasan, lihat Perihal menyelaraskan Mac anda dan peranti anda.
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau menggunakan sambungan Wi-Fi. Untuk mengaktifkan penyelarasan Wi-Fi, lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone atau iPad anda menerusi Wi-Fi.
Dalam Finder pada Mac anda, pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Pilih Fail dalam bar butang.
Senarai app pada peranti anda yang menyokong perkongsian fail muncul.
Seret fail atau pilihan fail daripada tetingkap Finder ke nama app dalam senarai.
Fail dipindahkan ke peranti serta-merta dan tersedia menggunakan app.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan nama app untuk melihat fail yang telah dipindahkan ke peranti anda.
Untuk memadamkan fail, pilihnya di bawah nama app, tekan Command-Delete, kemudian klik Delete. Fail dikeluarkan daripada peranti serta-merta. Anda tidak perlu menyelaras apabila memindahkan fail dengan cara ini.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada Mac anda, klik butang Keluarkan dalam bar sisi Finder.