Seting Siri & Spotlight pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Siri & Spotlight untuk mengaktifkan dan memilih pilihan untuk Siri serta menukar kategori yang kelihatan dalam hasil carian Spotlight.
Layari menerusi pilihan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang menyesuaikan seting anda.
Untuk membuka seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Siri & Spotlight dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Siri & Spotlight untuk saya
Seting Siri
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Minta Siri | Gunakan untuk mengaktifkan Siri untuk melakukan tugasan setiap hari, mendapatkan jawapan cepat dan banyak lagi. Jika anda menyahaktifkan Minta Siri dan mengaktifkannya semula kemudian, anda mungkin perlu menyediakan Siri sekali lagi. | ||||||||||
Dengar untuk atau Dengar untuk “Hai Siri” | Pilih cara anda mahu mula menggunakan Siri. Anda boleh memilih untuk menyebut “Hai Siri” atau “Siri” atau menyahaktifkan pendengaran dan klik ikon Siri atau menggunakan pintasan papan kekunci. Untuk menyemak sama ada “Hai Siri” atau “Siri” tersedia untuk peranti dan bahasa anda, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada semua peranti Apple anda. | ||||||||||
Benarkan Siri apabila dikunci (tersedia apabila pilihan “Dengar untuk” diaktifkan) | Benarkan Siri tersedia walaupun Mac anda dikunci atau dalam tidur. Hanya sebut “Hai Siri”, atau “Siri”, kemudian buat permintaan. Bergantung pada permintaan, anda mungkin perlu membuka kunci Mac anda. | ||||||||||
Pintasan papan kekunci | Pilih pintasan untuk mengaktifkan Siri atau pilih Sesuaikan untuk mencipta pintasan anda sendiri. | ||||||||||
Bahasa | Tukar bahasa dan dialek untuk digunakan dengan Siri. Siri tidak tersedia dalam semua bahasa atau negara atau rantau. | ||||||||||
Suara Siri | Pilih suara diutamakan untuk Siri daripada pilihan Kepelbagaian Suara dan pilihan Suara Siri. Sesetengah bahasa mungkin hanya mempunyai satu pilihan. | ||||||||||
Sejarah Siri | Padam interaksi Siri dan Perencanaan yang anda lakukan pada Mac ini daripada pelayan Siri. Lihat Padam sejarah Siri dan Perencanaan. | ||||||||||
Cadangan & Privasi Siri | Pilih app yang anda mahu dapatkan Cadangan Siri. Lihat Cara Cadangan Siri berfungsi. | ||||||||||
Perihal Siri & Privasi (tersedia apabila anda mengklik Cadangan Siri & Privasi) | Ketahui cara Siri menghantar data tertentu kepada Apple untuk diproses dan membantu membalas permintaan anda serta cara anda boleh mengawal jenis data yang disimpan. | ||||||||||
Respons Siri | Gunakan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mana-mana daripada pilihan berikut:
|
Seting Spotlight
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Hasil carian | Pilih kategori yang Spotlight sertakan atau kecualikan apabila ia mencari. Lihat Pilih kategori cadangan untuk Spotlight. Secara lalai, hasil Spotlight termasuk Cadangan Siri. | ||||||||||
Privasi Spotlight | Kecualikan fail dan folder tertentu daripada carian Spotlight. Lihat Cegah carian Spotlight dalam fail. | ||||||||||
Perihal Cadangan Siri, Carian & Privasi (tersedia apabila anda mengklik Privasi Spotlight) | Ketahui cara carian Siri dan Spotlight menghantar data tertentu kepada Apple untuk diproses dan membantu membalas permintaan anda serta cara anda boleh mengawal jenis data yang disimpan. |