Tukar maklumat akaun Apple ID anda pada Mac
Apple ID anda adalah akaun yang anda gunakan untuk semua perkhidmatan Apple, termasuk iCloud, iTunes dan App Store. Anda boleh mengubah nama Apple ID, foto, kenalan, keselamatan dan maklumat pembayaran anda terus daripada keutamaan iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun anda pada iCloud.com, lihat Apakah Seting iCloud? dalam Bantuan iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.
Ubah maklumat umum
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian klik Butiran Akaun.
Klik Umum, kemudian lihat atau tukar yang berikut:
Nama pertama dan nama keluarga: Masukkan nama yang berkaitan dengan Apple ID anda. Nama ini kadang-kala akan dipaparkan kepada pengguna lain semasa manggunakan ciri perkongsian iCloud.
Apple ID: Kenal pasti akaun Apple ID ini.
Gambar: Klik gambar anda, atau seret fail imej daripada Finder ke atas gambar, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Guna gambar yang disertakan dengan macOS: Klik Lalai, kemudian pilih gambar.
Ambil gambar anda menggunakan Mac anda: Klik Kamera; apabila anda sedia, klik Ambil Foto.
Gunakan gambar daripada aplikasi Foto: Klik Foto. Untuk melihat foto tertentu daripada masa, tempat, atau album, klik segi tiga pendedahan di bawah foto, kemudian pilih kumpulan foto. Pilih gambar, kemudian klik Seterusnya.
Zum ke dalam atau ke luar: Seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.
Alihkan gambar: Seret gambar ke sekeliling di dalam bulatan.
Ubah maklumat kenalan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian klik Butiran Akaun.
Klik Kenalan, kemudian lihat atau tukar yang berikut:
Alamat e-mel: Tambah dan keluarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Rakan dan keluarga boleh menggunakan ini untuk berkongsi nota dan dokumen dengan anda dan menghubungi anda menggunakan iMessage, FaceTime dan banyak lagi.
Alamat utama: Tukar alamat surat-menyurat untuk Apple ID anda.
Hari Lahir: Tukar hari lahir anda jika ia tidak betul. Ia digunakan untuk membantu mengesahkan identiti anda jika anda terlupa kata laluan anda atau perlu menetapkan ia semula.
Nota: Anda boleh mengubah hari lahir anda sekali dan anda mempunyai 24 jam selepas mengubahnya untuk membetulkan sebarang kesalahan yang telah dibuat.
Kanak-kanak di bawah 13 tahun (umur berbeza mengikut negara atau rantau) tidak boleh mengubah maklumat tarikh lahir.
Langganan: Pilih jenis maklumat yang anda mahu Apple hantar ke alamat e-mel anda.
Ubah maklumat keselamatan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian klik Butiran Akaun.
Klik Keselamatan, kemudian lihat atau tukar yang berikut:
Kata Laluan Apple ID: Anda boleh ubah kata laluan anda untuk melindungi maklumat anda yang disimpan dalam iCloud dan keupayaan untuk mencari atau memadamkan Mac anda dari jauh menggunakan Cari Mac Saya. Lihat Petua untuk mencipta kata laluan selamat.
Selepas menukar kata laluan Apple ID anda, pastikan anda mengemas kininya dalam sebarang app e-mel pihak ketiga yang anda gunakan untuk mendapatkan e-mel iCloud anda.
Soalan keselamatan: Jika pilihan ini muncul, anda boleh ubah soalan dan jawapan keselamatan yang membantu Apple mengesahkan identiti anda. Pilihan ini tidak muncul jika pengesahan dua faktor diaktifkan.
Alamat E-mel Penyelamat: Jika pilihan ini muncul, anda boleh tambah atau ubah alamat e-mel di mana Apple boleh hantar anda pautan untuk sahkan identiti anda serta membolehkan anda reset maklumat anda jika sebarang isu keselamatan timbul. Pilihan ini tidak muncul jika pengesahan dua faktor diaktifkan.
Alamat E-mel Pemberitahuan: Jika pilihan ini muncul, anda boleh ubah alamat e-mel di mana Apple hantar salinan semua e-mel Apple ID dihantar ke alamat e-mel utama anda (ditunjukkan dalam maklumat kenalan anda yang diterangkan di atas). Lihat artikel Sokongan Apple Perihal alamat e-mel Apple ID anda.
Pengesahan Dua Faktor: Tunjukkan sama ada Apple ID anda mempunyai pengesahan dua faktor diaktifkan.
Jika pengesahan dua faktor aktif dan anda memerlukan kod pengesahan untuk daftar masuk ke peranti lain atau iCloud.com, klik Dapatkan Kod Pengesahan.
Jika pengesahan dua faktor aktif dan anda mahu menambah nombor telefon yang dipercayai, klik butang Tambah , masukkan nombor telefon dan pilih kaedah pengesahan, kemudian klik Teruskan.
Anda mesti mengesahkan sekurang-kurangnya satu nombor telefon dipercayai apabila anda mendaftar dalam pengesahan dua faktor. Anda juga harus mempertimbangkan untuk mengesahkan nombor telefon lain yang boleh anda akses, seperti telefon rumah, atau nombor yang digunakan oleh ahli keluarga atau rakan karib. Nombor telefon yang dipercayai tidak menerima kod pengesahan secara automatik. Jika anda tidak boleh mengakses peranti anda buat sementara, klik atau ketik “Tidak dapat kod pengesahan?” pada peranti baharu, kemudian pilih salah satu nombor telefon dipercayai lain untuk menerima kod pengesahan.
Jika pengesahan dua faktor tidak aktif dan anda mahu mengaktifkannya, klik Aktifkan Pengesahan Dua Faktor.
Anda juga boleh aktifkan atau nyahaktifkan pengesahan dua faktor dan urus peranti dan nombor telefon dipercayai anda dengan mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda.
Pengesahan Dua Langkah: Jika maklumat ini muncul dan bukannya maklumat pengesahan dua faktor, Apple ID anda telah mengaktifkan pengesahan dua langkah. Jika anda melihat mesej meminta anda untuk mengubah pengesahan dua faktor, lihat artikel sokongan Apple Bertukar daripada pengesahan dua langkah ke pengesahan dua faktor.
Uruskan peranti iCloud anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian klik Butiran Akaun.
Klik Peranti, kemudian lihat atau tukar yang berikut:
Lihat maklumat tentang peranti: Pilih peranti dalam senarai di sebelah kiri. Jawab soalan keselamatan jika diminta.
Keluarkan peranti: Klik peranti dalam senarai pada sebelah kiri, kemudian klik Keluarkan Daripada Akaun.
Jika anda kehilangan Mac, peranti iOS, atau Apple Watch dengan watchOS 3, anda mungkin boleh mencari dan melindunginya dan bukannya mengeluarkannya daripada akaun anda. Lihat Gunakan Cari Mac Saya untuk mencari Mac yang hilang dan Apakah itu Cari iPhone Saya? dalam Bantuan iCloud.
Jika anda kehilangan Apple Watch dengan watchOS 2 dan ia mendayakan Kunci Pengaktifan, tandaknnya sebagai hilang dan bukannya mengeluarkannya. Dengan cara itu, Apple ID dan kata laluan anda diperlukan untuk mengaktifkan semula dan menggunakan Apple Watch anda. Lihat Urus peranti anda dalam Seting di iCloud.com dalam Bantuan iCloud.
AirPods anda akan muncul dalam senarai peranti Cari iPhone Saya, tetapi tidak dalam senarai peranti pada halaman akaun Apple ID anda, iCloud.com, iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac. Anda boleh mengeluarkan AirPods anda daripada akaun anda menggunakan Cari iPhone Saya.
Nota: Jika anda mengeluarkan peranti yang disediakan untuk menggunakan Apple Pay, Apple Pay dinyahdayakan untuk peranti tersebut dan kad anda dikeluarkan daripada peranti tersebut, walaupun di luar talian. Lihat Gunakan Wallet & Apple Pay.
Jika anda mengeluarkan peranti daripada akaun anda dan peranti bersambung semula ke Internet semasa masih mendaftar masuk ke iCloud, peranti masuk semula dalam senarai peranti iCloud anda. Jika anda tidak dapat daftar keluar daripada iCloud pada peranti, anda mungkin dapat memadam peranti secara jauh. Lihat Apakah itu Cari iPhone Saya? dalam Bantuan iCloud.
Ubah kaedah bayaran
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian klik Butiran Akaun.
Klik Bayaran, kemudian lihat atau tukar yang berikut:
Tambah kaedah bayaran: Butang ini hanya muncul jika anda tidak sediakan kaedah bayaran untuk Apple ID anda. Klik butang ini untuk masukkan maklumat kad kredit dan alamat bil anda.
Kaedah bayaran utama: Klik Butiran, kemudian tukar maklumat kad kredit dan alamat penghantaran anda.
Kaedah bayaran Perkongsian Keluarga: Mengenal pasti kad kredit dikongsi oleh semua ahli keluarga untuk pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books. Untuk menukarnya, pengurus keluarga boleh menggunakan keutamaan iCloud atau iTunes pada Mac atau peranti iOS.
Kaedah bayaran Perkongsian Keluarga tidak muncul jika anda adalah pengurus keluarga dan Apple ID yang anda guna untuk daftar masuk iCloud adalah Apple ID yang sama anda guna untuk pembelian dikongsi dengan keluarga anda. Dalam kes ini, ahli keluarga berkongsi kaedah bayaran utama anda untuk pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books.
Jika anda ialah pengurus keluarga dan anda tidak menggunakan Apple ID yang sama untuk daftar masuk ke iCloud dan untuk berkongsi pembelian, anda boleh menukar kaedah pembayaran Perkongsian Keluarga dalam iTunes. Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Apple ID yang berlainan, lihat Kongsi pembelian dengan orang lain dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan iTunes untuk menukar kaedah bayaran, lihat Sediakan dan uruskan akaun iTunes Store anda dalam Panduan Pengguna iTunes.
Anda boleh juga menukar maklumat akaun anda dengan mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda.