Cetak secara wayarless dengan AirPrint
Jika anda mempunyai pencetak didayakan AirPrint, anda boleh mencetak gambar dan dokumen dari Mac anda tanpa perlu memuat turun dan memasang pemacu pencetak.
AirPrint dibina ke dalam kebanyakan model pencetak popular; untuk senarai pencetak popular yang menyokong AirPrint, lihat artikel Sokongan Apple Perihal AirPrint. Jika pencetak anda didayakan AirPrint, ia serasi dengan versi terbaru macOS.
Cetak secara wayarles ke pencetak AirPrint
Pastikan pencetak anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama seperti Mac anda.
Pilih Fail > Cetak dalam app yang anda gunakan.
Klik menu Pencetak, kemudian pilih pencetak AirPrint di bawah Pencetak Berdekatan.
Nota: Jika anda tidak melihat pencetak AirPrint, anda boleh pilih Tambah Pencetak dari menu Pencetak dan tambahkannya ke senarai pencetak anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Tambah pencetak Wi-Fi atau rangkaian.
Pilih pilihan cetak lain yang anda mahu dan klik Cetak.
Jika anda tidak mahu cetak secara wayarles, anda mungkin boleh sambungkan pencetak AirPrint anda ke port USB atau port Ethernet pada Mac anda. Semak dokumentasi yang disertakan dengan pencetak anda untuk melihat jika ia mempunyai salah satu port tersebut.
Jika anda tidak boleh cetak ke pencetak AirPrint anda
Pastikan anda mempunyai versi terbaru macOS. Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, kemudian klik Kemas Kini Perisian.
Cuba sambungkan pencetak AirPrint ke rangkaian Wi-Fi anda menggunakan sambungan langsung atau melalui penitian. Pencetak mungkin boleh sertai rangkaian Wi-Fi dan berfungsi secara wayarles selepas itu.
Selepas mengaktifkan pencetak anda, tunggu sebentar sebelum mula cuba mencetak. Sesetengah pencetak mungkin mengambil masa seminit atau dua selepas dihidupkan sebelum menyertai rangkaian.
Pastikan untuk sambung pencetak AirPrint anda secara terus ke rangkaian Wi-Fi anda atau port LAN Ethernet pada Stesen Pangkalan AirPort atau AirPort Time Capsule. Anda tidak boleh menggunakan AirPrint untuk cetak ke pencetak yang bersambung ke port USB Stesen Pangkalan AirPort.
Periksa dengan pengeluar pencetak anda untuk lihat jika ada kemas kini perisian tegar tersedia untuk model pencetak anda.