Gunakan Pusat Pemberitahuan pada Mac
Dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda, paparan Hari ini menunjukkan butiran tentang hari anda—temu janji, cuaca, hari lahir, juga ringkasan yang anda telah rancang untuk hari esok—dan paparan Pemberitahuan menunjukkan pemberitahuan yang anda terlepas.
Petua: Untuk menyesuaikan atau menghentikan pemberitahuan, klik ikon keutamaan Pemberitahuan di penjuru kanan bawah Pusat Pemberitahuan.
Buka Pusat Pemberitahuan
Pada Mac anda, klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu, atau leret kiri dengan dua jari daripada hujung kanan trackpad.
Gunakan paparan Hari Ini dalam Pusat Pemberitahuan
Dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda, klik Hari Ini.
Klik item dalam widget untuk melihat butirannya atau mengambil tindakan.
Sebagai contoh, klik satu item dalam widget Cuaca untuk menunjukkan ramalan setiap jam dan lima hari. Atau klik kotak semak peringatan untuk menyelesaikannya.
Sesuaikan paparan Hari Ini Pusat Pemberitahuan
Dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda, klik Hari Ini.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Sesuaikan widget: Gerakkan penuding ke atas widget, kemudian klik butang Info yang muncul.
Susun semula widget: Klik Edit di bawah paparan Hari Ini, kemudian seret widget ke atas atau ke bawah.
Tambah atau keluarkan widget: Klik Edit (atau kiraan widget baru, jika ditunjukkan) di bawah paparan Hari Ini. Untuk menambah widget tersedia, klik butang Tambahnya . Untuk keluarkan widget, klik butang Keluarkannya ; widget dialihkan ke senarai widget tersedia.
Dapatkan lebih banyak widget: Klik Edit di bawah paparan Hari Ini, klik App Store, kemudian beli atau muat turun widget. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang membeli dan memuat turun item, lihat Cari, beli dan muat turun app.
Gunakan paparan Pemberitahuan dalam Pusat Pemberitahuan
Dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda, klik Pemberitahuan.
Klik pemberitahuan untuk membuka item dalam app berkaitan. Sebagai contoh, klik pemberitahuan Mail untuk membuka e-mel dalam Mail.
Apabila ada buka item, ia dikeluarkan daripada paparan Pemberitahuan. Untuk mengeluarkan item tanpa membukanya, gerakkan penuding ke arahnya, kemudian klik butang Kosongkan . Atau klik butang untuk satu hari untuk mengeluarkan semua pemberitahuan hari tersebut.
Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Night Shift dan Jangan Ganggu dalam Pusat Pemberitahuan—hanya leret ke bawah, kemudian klik butang.
Apabila anda mengaktifkan Night Shift, ia kekal aktif sehingga waktu tengah malam, matahari terbit, masa dijadualkan seterusnya untuk dinyahaktifkan (berdasarkan seting dalam keutamaan Night Shift) atau anda menyahaktifkannya.
Apabila anda mengaktifkan Jangan Ganggu, ia kekal aktif sehingga waktu tengah malam, masa dijadualkan seterusnya untuk dinyahaktifkan (berdasarkan seting dalam keutamaan Pemberitahuan) atau anda menyahaktifkannya.
Apabila Jangan Ganggu diaktifkan, ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu dimalapkan. Anda tidak lihat atau dengar pemberitahuan tiba; ia dikumpul dalam Pusat Pemberitahuan di mana anda boleh melihatnya nanti.