Kawal akses ke foto anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan foto anda untuk membekalkan anda dengan perkhidmatan dan ciri. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan foto anda.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Foto di sebelah kanan.
Aktifkan atau nyahaktifkan akses ke foto anda untuk setiap app dalam senarai.
Untuk sesetengah app, anda boleh klik Pilihan untuk memberikan akses penuh ke semua foto anda, akses ke foto yang anda pilih sahaja, atau hanya keupayaan untuk menambahkan foto.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan foto anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Jika anda ialah pentadbir sistem dan mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Pengerahan Platform Apple.