Gunakan Daftar masuk dengan Apple pada Mac
Daftar masuk dengan Apple menggunakan Apple ID anda untuk mencipta akaun dengan app atau tapak web secara selamat—tidak perlu mengisi borang, mengesahkan alamat e-mel anda, atau memilih kata laluan baru—dan memudahkan daftar masuk setiap kali.
Cipta akaun untuk app atau tapak web
Pada Mac anda, apabila anda diminta untuk mencipta akaun untuk app atau tapak web, klik Daftar masuk dengan Apple, jika tersedia.
Ikut arahan atas skrin, ingat perkara yang berikut dalam fikiran:
Jika anda tidak mahu menggunakan nama sebenar anda, klik medan Nama, kemudian masukkan nama yang berbeza.
Jika anda mempunyai lebih dari satu alamat e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda dalam keutamaan Apple ID, pilih e-mel untuk digunakan untuk app atau tapak web.
Jika anda memilih untuk mengekalkan alamat e-mel anda peribadi, klik Sembunyikan E-mel Saya. Apple menjana alamat e-mel rawak dan unik yang digunakan untuk memajukan e-mel daripada app atau tapak web kepada alamat e-mel sebenar anda.
Daftar masuk ke akaun anda untuk app atau tapak web
Pada Mac anda, klik Daftar masuk dengan Apple.
Masukkan kata laluan log masuk anda pada Mac anda (anda mungkin perlu memasukkan kata laluan Apple ID anda) atau, jika Mac anda mempunyai Touch ID, gunakan Touch ID.
Anda juga boleh mendaftar masuk daripada peranti anda yang lain—iPhone, iPad, Apple Watch dan Apple TV—yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Tukar alamat yang digunakan untuk memajukan e-mel daripada app dan tapak web
Jika anda memilih untuk menyembunyikan e-mel anda apabila anda mencipta akaun dan anda mempunyai lebih daripada satu alamat e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda dalam keutamaan Apple ID, anda boleh menukar alamat yang menerima e-mel yang dimajukan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.
Dalam bar sisi, klik “Nama, Telefon, E-mel,” kemudian klik Edit bersebelahan Sembunyikan E-mel Saya.
Pilih alamat e-mel berlainan, kemudian klik Selesai.
Tukar seting Daftar masuk dengan Apple untuk app atau tapak web
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.
Dalam bar sisi, klik Kata Laluan & Keselamatan, kemudian klik Edit bersebelahan App menggunakan Apple ID anda.
Klik app atau tapak web dalam bar sisi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Nyahaktifkan pemajuan e-mel: Klik Nyahaktifkan. Anda tidak akan menerima sebarang e-mel lanjut daripada app atau tapak web.
Berhenti menggunakan Daftar masuk dengan Apple: Klik Henti Menggunakan Apple ID. Anda mungkin diminta untuk mencipta akaun baru kali seterusnya anda cuba untuk mendaftar masuk dengan app atau tapak web.