Gunakan telefon mudah alih untuk bersambung ke Internet
Jika anda tidak mempunyai akses Internet, anda mungkin boleh menggunakan telefon mudah alih yang didayakan Bluetooth untuk bersambung Mac anda ke Internet pada kelajuan sehingga 56 kilobit per saat (Kbps). Pembekal perkhidmatan telefon mudah alih anda mesti membenarkan anda menggunakan telefon anda sebagai modem.
Jika anda mempunyai iPhone atau iPad (model Wi-Fi + Cellular), lihat dokumentasi yang didatangkan bersama untuk menyediakan hotspot peribadi.
Jika telefon mudah alih anda tidak bersambung dengan Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bluetooth.
Pilih telefon anda dalam senarai Peranti, kemudian klik Sambung.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, kemudian klik PAN Bluetooth dalam senarai di sebelah kiri.
Jika PAN Bluetooth tiada, klik butang Tambah , klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih PAN Bluetooth.
Pilih telefon anda dari menu timbul Peranti, kemudian klik Sambung.