Teks Masa Nyata (RTT)
RTT menggabungkan suara dan teks ditaip semasa panggilan telefon tanpa memerlukan peranti khusus; ini berguna terutamanya jika anda mempunyai kesukaran mendengar atau bertutur. Dengan RTT, anda boleh menaip teks semasa panggilan telefon dan penerima boleh membaca teks anda serta-merta. Anda boleh membuat dan menerima panggilan RTT pada iPhone dan peranti Apple lain anda (ciri ini tidak tersedia di semua negara atau rantau atau disokong oleh semua pembawa).