Tambah dan muat turun item dalam iTunes pada Mac
Sebaik sahaja anda menyertai Apple Music, anda boleh menambahkan lagu, album, senarai main, rancangan TV, filem dan video muzik daripada Apple Music ke Pustaka Muzik iCloud anda, yang boleh diakses pada bila-bila masa anda mendaftar masuk ke Apple Music.
Selepas anda menambahkan item ke Pustaka Muzik iCloud, anda boleh memuat turunnya ke komputer atau peranti anda untuk dimainkan pada bila-bila masa, walaupun anda di luar talian.
Tambahkan item ke Pustaka Muzik iCloud anda
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih pilihan (contohnya, Muzik atau Filem) daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Control-klik item, kemudian pilih Tambah ke Pustaka Muzik iCloud.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, sama ada anda tidak mendaftar masuk ke Apple Music atau pilihan Pustaka Muzik iCloud tidak dipilih dalam keutamaan.
Daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Pilih iTunes > Keutamaan, klik Umum, pastikan Pustaka Muzik iCloud dipilih, kemudian klik OK. Apabila kotak semak ini dipilih, anda juga melihat item yang anda telah tambah pada komputer dan peranti lain.
Muat turun item ke peranti anda
Penting: Item yang anda muat turun daripada Apple Music tidak boleh dibakar pada cakera atau ditambah kepada peranti, seperti iPod atau iPad. Item hanya boleh dimuat turun ke peranti terus daripada Apple Music. Lihat Gunakan penyelarasan untuk iTunes pada Mac dan peranti anda.
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih pilihan (contohnya, Muzik atau Filem) daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Klik butang Muat Turun iCloud bersebelahan item.
Untuk hanya melihat item yang anda muat turun, pilih Dimuat Turun dalam bar sisi di sebelah kiri.
Jika anda tidak memperbaharui langganan Apple Music anda, item dimuat turun kekal pada komputer anda, tetapi anda tidak boleh memainkannya sehingga anda menyertai semula.
Petua: Untuk menambah lagu ke senarai main tanpa menambahnya ke pustaka anda, pilih iTunes > Keutamaan, klik Umum, kemudian nyahpilih “Tambah lagu ke Pustaka apabila menambah ke senarai main”.