Sediakan app iTunes Remote untuk iTunes pada Mac
Jika anda mempunyai iPod touch, iPhone, atau iPad, anda boleh menggunakan app iTunes Remote untuk mengawal pustaka iTunes anda dari jauh. iTunes Remote tersedia sebagai muat turun percuma daripada App Store.
Pasangkan iTunes Remote dengan pustaka iTunes
Sebelum anda boleh menggunakan iTunes Remote, anda perlu memasangkannya dengan pustaka iTunes (atau pustaka) yang anda mahu kawal. Peranti anda dan komputer anda mesti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.
Putuskan sambungan peranti iOS anda daripada komputer anda, jika ia disambungkan.
Pada peranti anda, ketik Remote pada skrin Utama
Ketik Seting, kemudian ketik Tambah Pustaka iTunes.
Kod 4-digit muncul.
Dalam app iTunes pada Mac anda, klik butang Remote berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Taipkan kod 4 digit.
iTunes memasangkan pustaka pada komputer anda dengan iTunes Remote pada peranti anda.
Pasangkan iTunes Remote dengan rangkaian Perkongsian Rumah anda
Jika anda mempunyai iTunes Remote 2.0 atau lebih baru dan Perkongsian Rumah diaktifkan, anda boleh mengesetkan iTunes Remote untuk memasangkan secara automatik dengan sebarang pustaka iTunes pada rangkaian Perkongsian Rumah anda. Lihat Import media menggunakan Perkongsian Rumah.
Pada peranti iOS anda, ketik Remote pada skrin Utama.
Ketik Seting.
Ketik untuk mengaktifkan Perkongsian Rumah.
Taipkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian ketik Selesai.
Ketik pustaka iTunes atau Apple TV yang anda mahu kawal.